"Abah Yang Disayangi Jemput Ilahi, Lori Yang Dibawa 30 Tahun Terbalik" - Luahan Sayu Anak (10 Gambar)
"Abah Yang Disayangi Jemput Ilahi, Lori Yang Dibawa 30 Tahun Terbalik" - Luahan Sayu Anak (10 Gambar)
CYBERJAYA : Luahan sayu seorang anak apabila bapanya yang memandu lori pasir lebih 30 tahun maut, apabila lori yang dipandunya terbalik.
Mengikut nya lagi Lebih 30 tahun abah mencari rezeki buat kami sekeluarga diatas jalan raya.pagi jumaat semalam 06 mei 2016 diatas jalan raya juga Abah menghembuskan nafasnya yg terakhir kata Izah anak arwah Dzulkapli di laman sosialnya.
Mengkikut laporan bernama seorang pemandu lori treler pasir maut selepas kenderaan yang dipandunya terjunam ke dalam parit di kawasan Km 29.3 Lebuhraya Elite di sini hari ini setelah hilang kawalan untuk mengelak kemalangan melibatkan dua buah kenderaan.
Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Polis (ACP) Abdul Aziz Yusof berkata Dzulkapli Kasim, 61, yang beralamat di Batu Pahat, Johor meninggal dunia di tempat kejadian dalam insiden kira-kira 7 pagi itu.
Beliau berkata kejadian itu dipercayai berlaku apabila lori pasir dipandu Dzulkapli terbabas ketika cuba mengelak daripada berlanggar dengan lori muatan tiga tan dan sebuah kereta yang terlibat dengan kemalangan di lebuh raya itu sebelum itu.
"Lori pasir itu terbabas masuk ke bahu jalan dan merempuh besi penghadang jalan sebelum menjunam ke dalam parit dalam keadaan terbalik," katanya, sambil menambah keadaan itu menyebabkan pemandu itu tersepit dan maut di tempat kejadian.
Abdul Aziz ketika dihubungi hari ini berkata pemandu lori muatan tiga tan berumur 41 tahun dan pemandu kereta berumur 40 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan.
Mangsa dihantar ke Hospital Putrajaya untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
No comments