• Semasa

    Isteri 'Check' Telefon Suami Tanpa Izin Boleh Dipenjara & Sebat





    [BACA: Petua Berkesan Rawat Sakit Kepala Dan Angin]



    RIYADH - Wanita di Arab Saudi berdepan dengan risiko dipenjara dan disebat, jika didapati bersalah kerana memeriksa telefon suami mereka tanpa sebarang kebenaran. 

    Meskipun undang-undang itu tidak tertakluk dalam undang-undang Syariah Arab Saudi, sebaliknya ia dilihat sebagai melanggar urusan peribadi para suami. 

    Menurut Peguam Mohammed Al- Temyat, anggota Program Keselamatan Keluarga Kerajaan Arab Saudi berkata, tertuduh boleh dihadapkan ke mahkamah jika si suami memfailkan saman terhadap mereka. 

    Jawatankuasa itu ditubuhkan pada 2005 untuk memperbaiki akses kepada perkhidmatan sosial. 

    "Tiada hukuman yang diperuntukan untuk kesalahan itu kerana ia tidak tertakluk dalam undang-undang Islam. Sebaliknya hukuman boleh dikenakan menurut budi bicara hakim yang bermakna mereka boleh dipenjarakan. 

    "Saya mahu menjelaskan subjek ini membabitkan suami dan isteri dan ia adalah kesalahan ta'zir. Jadi, ada kemungkinan pesalah akan disebat, denda, penjara, menandatangani perjanjian atau tiada hukuman langsung. 

    "Ia adalah kesalahan ta'zir yang tidak diiktiraf secara rasmi. Jadi hukuman yang dijatuhkan bergantung kepada masalah yang wujud. Jika tiada masalah, tiada hukuman yang akan dijatuhkan," katanya, lapor  akhbar Makkah. - PIXEL MEDIA

    No comments

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad