• Semasa

    "Siapa Kata Tak Bahagia Kahwin Dengan Wanita Chubby?" - Kumbang Sado





    [BACA: Petua Berkesan Rawat Sakit Kepala Dan Angin]



    Saya berusia 27 tahun, tinggi 175cm, berat 78kg. Fizikal saya boleh dikategorikan normal. Handsome itu tidak tetapi kacak itu adalah sikit. Hahaha! Saya baru saja menamatkan zaman bujang pada bulan Februari yang lepas. Alhamdulillah. 

    Guess what, my wife is a chubby honey bunny! Sambil taip ini pun saya tersenyum seorang diri bila terkenangkan betapa bertuahnya saya menjadi suami dia. Sebabnya? 

    Dia baik, hormat orang tua, pandai membawa diri di tempat orang, rajin pergi dapur, tak perlu disuruh pun dia boleh membawa diri. 

    Sorry to say, ada saudara mara saya yang body solid, cun, ayu semua pun tak reti dan tak ingin masuk ke dapur. Mereka rela bergosip dan berselfie sahaja di ruang tamu. 

    Tetapi saya sedar inferior gadis-gadis chubby ini sebab isteri saya begitu juga walaupun tidak selalu. 

    Biar saya ceritakan bagaimana saya boleh mengenali dirinya. Berat dia 120 kg agaknya. Dia ini kalau kurus, confirm cun melecun. Kami pun sudah berazam nak berubah kepada gaya hidup sihat kerana saya sayang sangat pada dia. Tetapi saya cakap dia tak boleh kurus sangat, cukup sampai sihat sahaja.

    Hehe! Taklah, anything that makes her happy la. Dia nak kurus sebab nak ada peluang untuk mengandung zuriat kami. Anyway, ini agar semua perempuan chubby akan redha dan bersabar menunggu insan yang terpilih okay? Bukan nak kata saya ini sempurna sangat tetapi saya benar-benar mencintai isteri saya. 

    Simple saja cerita dia atau lebih kepada takdir Allah. Kadang-kadang weekend saya akan pergi bermain ragbi area rumah. Kebetulan adik isteri saya pun memang bermain ragbi di situ. Tetapi dia lebih muda dari saya, jadai tak berapa kenal sangat. Kenal gitu-gitu sajalah semasa bermain ragbi. 

    Satu hari itu selepas habis bermain, nak balik, tiba-tiba hujan lebat. Adik isteri saya ini dah telefon kakak dia minta tolong ambil. Kakak dia memang dalam perjalanan balik dari kerja. Selepas itu, si adik ini pelawalah saya naik sekali. Masa pergi tadi, hanya jalan kaki saja dari rumah. Rumah kami memang tak jauh sangat dari rumah masing-masing. 

    Mula-mula rasa segan dan macam nak tunggu saja hujan berhenti tetapi bila hujan seperti semakin lebat, siap ada kilat, cuak juga hati jantan ini. JAdi, saya pun bersetuju. 

    Saya ingat lagi tengok Perodua Myvi berwarna purple isteri saya berhenti di depan pondok bas itu. Mula-mula ingatkan mak budak ini. Bila buka pintu, bau kereta dia wanginya, lahai. Malu pula nak masuk kereta dia dengan badan saya yang berbau peluh. Adik dia masuk dan minta tolong kakak dia hantar saya balik. Dia tengok saya dari cermin. 

    "Oh, okay!" kata kakaknya.

    Masa itu saya dah rasa something. Comel betul perempuan ini. Terus terang saya tak perasan langsung dia chubby ke apa pada waktu itu. Saya cuma rasa tertarik dengan dia sahaja. 

    Dan selepas-selepas itu, macam makin dekat pula jodoh kami. Selalu pula terserempak di mana-mana. Ada sekali itu ternampak dia di surau, balik tarawih dengan telekung dan seluar tidur bunga-bunga. Cute gila! Macam baymax version perempuan, hehehe! Tak lama selepas itu, saya macam sudah confirm feeling itu, saya pun minta nombor telefon dia dari adiknya. 

    My point here is, bersabarlah. InshaAllah sampai masa yang sesuai, adalah yang sangkut. Seperti isteri saya ini, dia positif sangat. Siap sudah berazam dah kalau ada, adalah. Kalau tak ada jodoh, tak apalah. Boleh dia berbakti pada mak dan ayah dia sampai ke tua. Dia tak nak fikir sangat sebab tak nak sedih. Dia nak fokus pada kerja dan teruskan kehidupan. 

    Anyway, dia seorang wanita yang bijka, ada random facts yang tiba-tiba dia kemukakan bila-bila masa sahaja sebab dia suka membaca. 

    So to ask your questions, yes I appreciate every single thing about my wife without looking at her physical condition. And dia tak alim sangat pun, tetapi solat jaga, aurat sempurna dan suka sedekah terutamanya pada budak-budak susah di tepi jalan dan haiwan terbiar (anjing, kucing, burung semua.)

    Nasihat saya now for you is, kuatkan semangat sebab weight lost journey bukan sehari dua. Makanb bertahun-tahun, jadi bersabarlah ye. Tengok balik all the motivational people yang boleh menaikkan motivasi untuk kurus ini. Paling tidak pun tengok biggest loser.

    Tentang jodoh, tak perlu difikirkan sangat. Kawan-kawan yang sudah berkahwin itu biarkanlah mereka. Rezeki setiap orang adalah berbeza-beza. InshaAllah nanti adalah tu. Sementara menunggu jodoh, hargai kehidupan anda dengan ibu bapa, keluarga, kawan dan semua orang yang berada di sekeliling anda. Dan pastikan penampilan kemas dan wangi sepanjang masa barulah orang tak chop awal-awal gemuk ini selekeh. 

    Untuk para lelaki di luar sana, kalau rasa ada perasaan pada perempuan gemuk (bukan setakat chubby di pipi, real plus size woman), kau kena dekati dia dengan perlahan-lahan. Banyakkan membaca tentang psychology mereka ini. Banyak sumber dalam Google. Yakinkan mereka bahawa kau memang ikhlas nak sayangkan dia dan tidak pedulikan langsung tentang fizikal dia. 

    Bila kau dah betul-betul dah sayang pada dia, hal kawan ejek ke apa, tolak ketepi. Ejek lebih-lebih, tumbuk saja (eh! Jangan! Gurau je). Senyum saja sebab hanya diri kau saja yang tahu keistimewaan buah hati anda kau yang mungkin tiada pada perempuan lain dan kau sebenarnya dah jadi seorang hero yang sudah menyelamatkan jiwa lara seorang perempuan tau?

    Okaylah, isteri saya dah siapkan breakfast. Panjang pula saya menulis. Chioww! - Kumbang Sado

    No comments

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad