• Semasa

    TRAGIS !! Adik Ditetak, Kakak Disamun & Dir0g0l Di Rumah Sendiri





    [BACA: Petua Berkesan Rawat Sakit Kepala Dan Angin]



    PETALING JAYA - Seorang wanita berusia 26 tahun dir0g0l dan disamun di rumahnya ketika sedang bersiap untuk keluar bekerja, lapor Bernama.

    Dalam kejadian pada jam 9 pagi di rumah mangsa di Jalan Gasing pada Jumaat lalu, mangsa didatangi oleh sekumpulan lelaki yang menaiki kereta jenis Perodua Myvi. 

    Tiga daripada lima suspek bersenjatakan parang dan memakai topeng menghampiri mangsa dan memasuki rumahnya. Sementara dua lagi suspek menunggu di dalam kereta.

    Salah seorang suspek telah menarik mangsa ke dalam bilik untuk merogol mangsa, manakala dua suspek lagi bertindak mengambil barang berharga. 

    Lapor The Star pula, adik lelaki mangsa turut menjadi mangsa apabila tangannya telah ditetak dengan parang. 

    Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Datuk Mohd Adnan Abdullah mengesahkan kejadian itu dan pasukan tindakan khas telah ditubuhkan bagi mengesan ketiga-tiga suspek. 

    "Kami telah dapatkan rakaman kamera litar tertutup dari jiran mereka untuk membantu siasatan kes samun dan rogol," katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Selangor, semalam.

    No comments

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad