• Semasa

    "Jangan Bercinta Dengan Budak Ustazah!" – Di’reject’ Keluarga Gadis Gara-Gara Pakai Tshirt & Jeans





    [BACA: Petua Berkesan Rawat Sakit Kepala Dan Angin]


    Pakaian sememangnya melambangkan keperibadian seseorang, tapi kita tak patut menilai seseorang melalui luarannya sahaja. First impression tak semestinya tepat, lagi-lagi dalam menilai hati budi serta tahap iman dan taqwa seseorang.
    Kisahnya, brader ni tertarik dengan seorang perempuan yang berperwatakan ‘ustazah’. Mereka berkenalan di universiti. Tapi bila sampai part mamat ni dibawa berkenalan dengan keluarga si gadis, admin tak tahu nak rasa kelakar atau kesian. Family perempuan ni nak lelaki baik-baik dan soleh. Persoalannya, macam mana nak define ‘baik’ dan ‘soleh’ tu melalui pemakaian?

    Jangan Bercinta Dengan Budak ‘Ustazah’!


    Jangan bercinta dengan budak ustazah!! Itulah kata-kata yang aku pegang sekarang. Opps lupa perkenalkan diri aku budak FST (Fakulti Sains & Teknologi) tahun 3 dan aku adalah lelaki.
    Okay balik kepada kata-kata aku, sebenarnya kata-kata tu muncul sebab aku di khianati oleh budak FPI (Fakulti Pengajian Islam). Jap…? Bukan dikhianati kot, tapi aku disisihkan. Lebih tepat kan?

    Dibawa Jumpa Keluarga Si Gadis…

    Cerita dia semasa aku tahun 2, aku mengikuti kelas workplace dan dalam kelas tu ada siswa dan siswi dari pelbagai fakulti. Di takdirkan satu hari madam mintak kelas kami main satu game. Nama dia aku tak ingat tapi main camni. Kau susun kerusi mengadap, pastu madam play music dan sambil tu kau berjalan sepanjang kerusi tu. Bila muzik berhenti kau kene berhenti dan perkenalkan diri kau pada siapa yang kau mengadap tu.
    Takdirnya aku mengadap dengan sorang budak FPI. Tersipu-sipu dia sebab aku kan laki. So aku perkenalkan diri dengan panjang lebar kemudian diikuti dengan dia. Tapi bila part dia perkenalkan diri, dia just bagitau nama je. Hampeh betul lah awek tu acah-acah pemalu.
    Tapi tu just permulaan, satu sem kami duk mengadap satu sama lain, akhirnya dia layan gak aku. Kami pun ada WhatsApp kadang-kadang dan paling menarik keduanya adalah single. Tapi kami tak kapel pun even selepas satu sem masing-masing ada menyimpan perasaan. Aku suka dia dan dia suka aku.
    Mungkin sebab dia perempuan yang baik kot, sebab tu aku suka dia sebab dah memang aku ni sukakan perempuan yang ustazah-ustazah ni. Sampailah satu hari, few weeks ago, dia mintak aku datang ke rumah dia sebab dia tak nak kami berkenalan tanpa mak ayah dia tahu tentang kewujudan aku.
    Aku semakin eksaited la sebab impian aku nak memperisterikan seorang ustazah bakal menjadi kenyataan. Tapi dia ada cakap sebelum pergi ke rumah dia, pakai elok-elok bagi nampak soleh sikit.
    Aku pun serba salah, maklumlah aku ni jenis pakai jeans dan t shirt, mana aku nak dapat baju melayu atau baju yang nmpak ustaz-ustaz sikit. Jadi aku gagahkan diri dan aku tekad yang aku tak nak hipokrit, aku nak jadi diri aku sebenar iaitu seorang lelaki, muslim but with jeans and shirts. Tak salahkan…?
    Lepas siap iron jeans dan t-shirt, aku terus bawak kapcai aku pi rumah dia. Rumah dia boleh tahan mewah untuk kehidupan di desa. Dipendekkan cerita aku dijemput naik dan bersembang la macam biasa. Tapi satu perkara aneh aku perasan, mak dia tak bercakap sangat dengan aku. Dia je yang sibuk duk sembang…
    Selepas 2 jam, aku balik dan meneruskan hidup macam biasa. tapi aku merasakan sesuatu yang berbeza iaitu dia dah tak macam dulu. Dia dah layan tak layan aku, kadang WhatsApp selalu bluetick. Dan macam macam lagi yang menyebabkan aku rasa terpinggir.
    Akhirnya aku beranikan diri untuk mintak dia berterus terang, ye memang ada sesuatu berbeza katanya. Dia dah takde perasaan kat aku. Katanya family dia tak berkenan dengan aku dan dia juga tak suka cara aku. Katanya dia mahukan lelaki yang baik dan itulah harapan family dia.


    Pakai T-Shirt Dengan Jeans Tak Baik Ke??


    So baru-baru ni aku dikhabarkan dia dah bertunang dengan seorang ustaz, UIA kalau tak silap aku. Tapi sampai hari ni aku masih tertanya-tanya bagaimana dia mentakrifkan ‘baik’ tu. Adakah mesti berjubah? Berserban? Bertasbih? Jalan bawak Quran?
    Apa dia tak tahu ke aku pun baik jugak, walaupun aku ni terawih pakai t-shirt je, tapi aku boleh habiskan 8 rakaat tanpa membaca surah yang sama. Aku pun tak merokok. Setakat bawak motor laju sikit tu biasa la. Dah motor aku 125 kan.
    At the end aku redha bila dia cakap “Saya nak cari yang sesuai untuk saya dan keluarga saya.”
    Maybe aku tak cukup baik. Dan maybe budak Fakulti Pengajian Islam ni harapkan jodoh mereka tu datang dengan berjubah, berserban, pegang tasbih, Quran kecik dalam poket, pastu kayu sugi dalam kocek tepi…?
    Kesimpulannya, jangan bercinta dengan budak Fakulti Pengajian Islam sebab mereka akan tinggalkan kau untuk seorang lelaki yang berjubah dan berserban mungkin.
    So pasni budak Fakulti Sains & Teknologi jangan terkejut kalau aku pergi kelas pakai jubah dan serban.
    Sumber: UKM Confession

    No comments

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad