Video berdurasi 1 minit 40 saat itu telah ditonton 176,000 netizen dan mendapat 2,967 perkongsian di laman Facebook.
Kejadian itu mencetuskan pelbagai reaksi netizen yang mula menunding jari terhadap lambakan warga asing di negara ini.
"Kalau terserempak beliau, sila rembat sampai lunyai. Bagi pengajaran, takut mak, kakak, adik-adik kita pula yang menjadi mangsanya. Beliau mahu kita mengajarnya cara menghormati perempuan," kata Mohd Rahmad.
"Inilah sebabnya kenapa saya selalu menggunakan tangga berbanding lif. Golongan lelaki miang ini ada di mana-mana. Budak kecil pun nak dicabulnya," kata Dayang Nadia Rina.
Bagaimanapun, tidak dinyatakan lokasi kejadian berlaku. Berdasarkan video, individu yang merakam video terbabit mahu membuat laporan polis berhubung kes tersebut.
Golongan wanita dinasihatkan agar berhati-hati dan tidak menggunakan lif sekiranya menghadapi situasi seperti itu. - PIXEL MEDIA
No comments