• Semasa

    Bayar Pakej Pelamin RM3,900, Tapi Hasilnya Indah Khabar Dari Rupa





    [BACA: Petua Berkesan Rawat Sakit Kepala Dan Angin]



    Gambar (besar) yang, salah satu contoh pelamin yang saya minta. Gambar yang kecil, itulah pelamin yang saya dapat. 
    1. Pelamin jauh sekali, indah khabar dari rupa. Bunga putih tak ada 1 Johor katanya.
    2. Baju nikah perempuan, sendat, saya saiz 46, dia bagi saiz 42 sebab yang saiz 42 itu adalah saiz yang paling besar katanya.
    3. Baju nikah lelaki besar pula, bahu jatuh. Katanya nak kecilkan tetapi bila tiba masa tak dikecilkan pun.
    4. Accessories nikah, katanya tertinggal tetapi saya pakai accessories berinai punya. 
    5. Baju berinai okay.
    6. Baju outdoor perempuan saya minta baju warna merah cili bermanik-manik putih. Tetapi yang diberi adalah baju merah bermanik ala-ala coklat ke apa tak tahulah kan.
    7. Baju outdoor lelaki merah maroon. Jadi tak samalah dengan warna baju saya. Dia cari baju kemeja merah cili, satu Johor tak ada katanya. Padahal melambak-lambak kemeja berwarna merah di Johor ini.
    8. Photographer memang termasuk dalam pakej. Free katanya tetapi saya dapat album kecil yang tidak lengkap tanpa gambar pelamin. Alasannya, semua gambar pelamin tak cantik, blur. Page pertama ada gambar, page kedua dan ketiga tiada gambar. Lain-lain ada gambar. Tengah-tengah tak ada gambar dan belakang adalah dalam 10 page tak ada gambar. Album DIY sama seperti saya punya yang ada di rumah. Tetapi saiz album saya besar sedikit daripada album yang dia berikan.
    9. Payung pengantin tak ada.
    10. Bunga tangan sanding pun tak ada. Yang ada itu saya bawa yang outdoor punya tetapi bridal tak ada pesan apa-apa. Kalau saya tak bawa, maknanya masa bersanding saya tak ada bunga.
    11. Pendrive saya dapat kosong, tak ada gambar. Katanya tersalah bagi pendrive. Tetapi saya tak demand nak yang sebiji perfect seperti dalam gambar. Cukup seakan-akan dan putih semua. 
    12. Mula-mula saya nak alas meja potong kek kain sequin. Dia kata ada, boleh tetapi dia pakai meja kecil yang tolak-tolak. Oh my god..
    13. Photographer saya pun kena tipu dengan bridal









    Apa pendapat korang? Apa yang patut dibuat kalau korang kena seperti ini? Sekian terima kasih. - Fizah Idris Pija | PIXEL MEDIA

    No comments

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad