• Semasa

    "Dia Berak Bawah Karpet Gara-Gara Protes Dengan Mak"





    [BACA: Petua Berkesan Rawat Sakit Kepala Dan Angin]




    Aku ada 8 adik beradik di mana aku adalah anak kedua, 6 yang lain adalah lelaki. Disebabkan tak ada anak perempuan, mak ambil anak angkat perempuan, nombor 7. Selepas setahun kemduian, mak ambil lagi seorang anak angkat, nombor 8. Mesti korang pelik macam mana mak aku senang saja dapat anak angkat kan?

    Ceritanya, mak kenal seorang bidan yang menyambut kelahir bayi di hospital. Jadi, mana-mana anak yang tidak sah taraf atau tak nak dibela, atau keluarga punyai konflik, dia akan carilah sesiapa yang mahu mencari anak angkat. 

    Yang nombor 7 itu kami rasa bagaikan adik kami sendiri tanpa banding beza walaupun dia bukan darah daging kami. Yang nombor 8 inilah yang ada 'pelik' sikit. Sebelum bercerita lebih lanjut, adik nombor 7 kita gelar sebagai A dan B untuk anak yang nombor 8. 

    Semasa B dilahirkan, kawan mak puas call orang lain yang mahukan anak angkata tetapi tak berjaya. Akhirnya mak aku yang dapat dan kebetulan pada masa itu mak memang tengah travel dan lalu hospital. Seperti ditakdirkan si B untuk bersama dengan keluarga kami. 

    "Ambil jelah, boleh si A tu buat berkawan dengan B. Kalau tak, kasihan dia seorang saja perempuan," kata mak. 

    Si A dari kecil memang seperti kanak-kanak biasa. Si B pula fizikalnya agak kecil. Kalau A dan B bersebelahan, orang pasti tidak akan percaya perbezaan umur setahun sebab si A itu nampak seperti kanak-kanak normal dan biasa sahaja. Si B pula, sejak kecil dah mengada-ngada, tak nak bertatih berjalan. Dok mengensot saja sehinggalah di paksa gila-gila barulah dia mahu berjalan. Macam-macamlah perangai pelik dia.

    Korang nak tahu tak si B ini masa tadika, dia kena tukar sekolah sampai perangai beberapa kali. Kisahnya,  mak dan ayah memang sibuk bekerja. Jadi pada waktu petang, dia duduk bersama adik beradik yang lain di rumah. Masa itu, aku tinggal di asrama. Si B main lompat-lomat dari sofa ke lantai. Di lantai pula ada satu bakul yang macam dah pecah, jadi ada sedikit bucu tajam. Masa si B melompat, bahagian kemaluannya terkait sikit pada bucu itu. Jadi, mak bawa pergi ke klinik.

    Doktor kata, terdapat luka sikit di bahagian luar kemaluan, bukan di dalam. Tetapi doktor nak rujuk kes si B pada hospital besar. Mujur ayah fikir panjang kata tak perlu sebab kes kecil saja. Rupa-rupanya ayah takut jadi kes polis. 

    Jadi, pada masa yang sama ketika dia membuang air besar, entah macam mana dia boleh termasuk ke dalam mangkuk jamban duduk itu. Kaki dia seperti terkepak, dan lebamlah di bahagian sensitifnya itu. Mak ayah tak tahu pun tentang hal itu.

    Masa di tadika, si B pula suka tarik perhatian orang. Jadi, dia cakap dengan cikgu yang dia sakit ketika buang air. Bila cikgu periksa, terdapat kesan luka dan lebam. Cikgu tanya, tetapi dia tak mahu cakap dan buat reaksi takut. Jadi, cikgu pun mengesyaki ada sesuatu yang buruk berlaku terhadap si B di rumah. 

    Kelam kabutlah cikgu call mak suruh datang sebab katanya ini boleh jadi kes polis, seolah-olah adik-adik aku yang ada di rumah telah merogol dia. Berderau darah mak aku. Bila ditanya, barulah si B cerita yang lebam itu disebab apa, luka disebabkan apa. 

    Selepas kes itu, si B kena pindah ke tadika PASTI. Biar di didedahkan sikit dengan agama. Di PASTI pun, selepas beberapa bulan, Ustazah jumpa mak dan cerita perangai si B. 

    "Umur dia baru 5 tahun tetapi nafsu macam budak perempuan 15 tahun. Bayangkan bila ada abang-abang pelajar yang datang hantar atau mengambil adik mereka, dia boleh kata 

     "Eee! Handsomenya mamat ni"
    "Pernah sekali ada seorang ustazah baru bertunang dan dapat beg tangan sebagai pemberian hantaran. Ustazah bawa si B dan dia boleh tegur,

    "Eee tak malu bawa beg tangan pula hari ni"

    "Puan kena hantar dia ke sekolah agama sebab perangai dia bukan seperti kanak-kanak biasa," kata cikgu. 

    Mak bela adik beradik tak ada pilih kasih mana pun, semua sama rata. Tetapi sejak kes di tadika lama ini, mak memang dah benci gila dengan si B ini sebab mak nampak dia boleh menjadi fitnah dalam keluarga. Jadi, mak memang direct cakap pada B yang dia anak angkat semua. 

    Si B pula suka mengadu domba, mulut dia memang suka buat cerita bukan-bukan. Bayangkanlah si B dari kecil dia keletah bercakap, tak ada pelat seperti budak-budak lain. Seperti ada benda lain di dalam badan dia. 

    Semasa awal-awal di sekolah rendah, dia selalu buat perangai. Antara perangainya, dia suka paw kawan-kawan. Bila kawan-kawan tak layan, dia paw cikgu pula sampai cikgu mengadu pada mak dan ayah. Dia selalu kata mak ayah tak bagi duit. Masalahnya, mak dan ayah bagi. 

    Bila cikgu nak jumpa mak dan ayah, si B pula kata mereka sibuk dan tak ada masa nak berjumpa dengan cikgu. Padahal boleh saja kalau nak jumpa. Cikgu pula terpaksa mencari mak dan ayah ketika mereka datang menjemputnya pulang dari sekolah. Masa itu barulah semuanya terbongkar dan cikgu ceritakan semua perangai si B.

    Si A dan B memang jauh beza walaupun adik beradik. Bila di sekolah, si B macam tak nak belajar langsung. Ikut mood dia memanjang. Suka hati dia saja nak pergi berjalan di mana-mana sepanjang sesi PnP. Sampai pengetua pun tegur perangai dia. 

    "Kau siapa sibuk dengan hal aku?!" kata si B.

    Bayangkan perangai dia yang begini sampai kaunselor pun malas nak melayan dan menyarankan si B dibawa bertemu dengan pyschologist sebab dia pelik dari kanak-kanak yang pernah kaunselor sekolah itu jumpa. 

    Si B ini juga kuat mencuri. Mak ada buat bisnes, dalam beg tangannya sentiasa ada duit. Sesekali si B ambil not RM50. Mak kadang-kadang perasan ada duit kurang tetapi beranggapan muka ada pakai duit tanpa menyedarinya. Jadi, mak puan diamkan diri sehinggalah cikgu telefon mak dan beritahu si B bawa RM50. Mengamuk gila mak aku. 

    Semenjak dari kejadian itu, mak melarang si B naik ke tingkat atas rumah kami. Dia kena duduk di bawah. Tetapi bila malam, dia akan tidur dalam bilik mak dan masih juga buat kerja-kerja itu. Yang peliknya, dalam kegelapan malam dia tahu macam mana nak mencuri duit dari beg tangan mak dan dia curi nilai wang yang besar. Seperti ada 'benda' yang guide dia. 

    Tetapi, sekali lagi dia kantoi. Mak apa lagi, mengamuklah. Malah, duit syilling aku dalam tabung pun dia pernah curi. Dia ambil 50 sen dalam jumlah yang banyak, senyap-senyap. Geram juga aku masa itu.

    Oleh kerana perbuatan dia mencuri itu, mak denda dia duduk bawah kan? Di rumah kami, televisyen semua diletakkan di tingkat atas, jadi tiada apa sangat di bawah. Tahu apa si B ini buat? 

    Selepas beberapa minggu, kami terhidu bau masam dalam rumah. Mulanya kami menyangka ada stokin busuk ke apa. Kebetulan pada masa itu nak raya, mak pula outstation. Jadi mak berpesan pada ayah, hantar karpet di rumah kami untuk dicuci. Tahu apa yang kami temui di bawah karpet? Kami jumpa tahi. Bayangkan tahi, bukan satu spot tetapi banyak gila!

    Buka laci yang kosong, ada tahi. Dekat langsir ada kesan dia lap tahi. Masa itu memang rasa menyumpah gila-gila. Setiap sisi karpet ada tahi. Rupa-rupanya bau masam yang kami hidu itu adalah dari tahi dia yang disembunyikan di bawah karpet. Si B buat begitu sebagai tanda dia protes pada mak yang hukum dia duduk di tingkat bawah. 

    Masa itu memang mengucap banyak-banyak. Wajarkah tindakan seorang budak yang berusia 8 tahun begini? Seperti ada 'benda' jahat yang mempengaruhi dia kan?

    Pernah juga bila mak dan ayah pergi overseas dan abang-abang dia di asrama, jadi adik-adik dihantar tinggal sementara di rumah jiran untuk dijaga. Tetapi mereka kata, mereka cuma sanggup jaga si A berbanding si B. 

    "Perangai dia macam ada orang tua dalam badan dia," kata jiran. 

    Lama-kelamaan mak dah tak tahan lagi dan bawa pergi berubat dengan seorang lelaki itu yang boleh dikatakan handal juga orangnya. Mak berubat tetapi tak bawa adik, cuma beritahu nama sahaja. 

    "Kenapa kau ambil dia sebagai anak angkat? Dia pembawa bala dalam keluarga!" marahnya pada mak. 

    Lelaki itu siap boleh cerita dengan terperinci yang kami ambil si B dari hospital mana, mak ayah dia siapa, ayah dan mak dia buat apa bagai. Padahal mak tak cerita pun semua itu. 

    Menurut lelaki itu, di dalam badan adik aku itu ada dua benda. Pertama, nenek tua semasa dia baru lahir memang sudah ada. Tak tahulah saka dari turun temurun ke apa. Kedua, jembalang. Masa itu, kawasan rumah kami hujan lebat, petir dan kilat sabung menyabung, dia datang. Kita manalah nak perasan kan? jadi perangai si B yang pelik-pelik itu diajar oleh dua benda itu tadi. 

    Lelaki itu kongsi cara-cara untuk berubat (bukan kurafat). 

    "Kalau dah berubat pun tak berubah, bawa dia datang ke mari, aku nak jumpa. Aku nak 'berbual' dengan 'benda' dalam badan dia," kata lelaki itu. 

    Selepas berubat, alhamdulillah ada perubah sedikit. 

    Sebenarnya ada banyak lagi perangai si B yang pelik. Kalau aku cerita, korang akan kata pelik dan rekaan sebab adik aku itu baru darjah 3.

    Kepada yang baca, doakanlah yang terbaik agar si B jadi seperti kanak-kanak normal. Yang mana kata cerita ini rekaan sahaja, percayalah ini semua dari kisah benar di mana kami sekeluarga sendiri yang mengalaminya. - Abang Kedua, IIUM Confessions | PIXEL MEDIA

    No comments

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad