• Semasa

    'Kenapa Mesti Tudung Uqasha?' - Fdaus Ahmad





    [BACA: Petua Berkesan Rawat Sakit Kepala Dan Angin]


    Ditulis oleh Fdaus Ahmad

    Da'i Wan

    1. Semoga da'i tenang menanti kehidupan berjiran dengan Uqasha di syurga nanti. Cuma saya kasihankan artis lain yang sama keperluan mereka membuka tudung (setelah memakainya) tidak mendapat belai surat kasih sayang dari Da'i Wan. Antara mereka yang saya boleh sebutkan ialah Nina Iskandar, Elyana dan Diana Johor. Ohhh yaaa, mungkin mereka ini artis suam suam jadi tidak perlu diberi perhatian dan tidak perlu berjiran dengan siapa siapa di syurga nanti. Mungkin juga mereka tak berapa cun di mata masyarakat?

    2. Saya hairan. Dalam kemelut yang pelbagai ini tuan da'i masih ada ruang yang luas untuk memberi perhatian kepada isu tudung Uqasha. Bukanlah perkara itu tidak perlu diambil peduli langsung, cuma saya membayangkan dengan title rasmi Da'i yang dianugerahkan, tanggungjawab lebih besar harus tuan da'i pikul terutamanya memimpin masyarakat dalam menjelaskan hal ehwal semasa yang lebih berkepentingan kepada kami semua.

    3. Pergelutan child sex abuse yang menjadi topik perbincangan hangat sebagai contoh, adalah perkara aula yang seharusnya da'i dan kawan kawan ulas, kupas, tunjukkan jalan selesai, kalau tidak mahu menyebelahi siapa siapa pun sekurang kurangnya Da'i boleh memandu arah kepada masyarakat akan kebobrokan gejala pencabulan seksual ke atas kanak kanak. Boleh juga tuan da'i dan kawan kawan mengupas isu isu lain seperti pendidikan, hak kemanusiaan, penyelewengan dana awam, dan ahhhh bermacam lagi atau paling tidak pun kupas lah hal ehwal agama seperti buruk baik cadangan mufti mengharamkan kitab kitab Ibnu Tamiyyah di Malaysia seperti yang tersiar baru baru ini.


    Kenapa mesti tudung Uqasha?

    Cukuplah dulu PU Rahmat menulis surat kepada Mira Filzah, dan seorang Imam Muda pula menolak vaksin. Harus sampai bila Da'i, PU dan Imam Muda mahu menyorok nyorok dengan idea idea permukaan begini? Sedang di dasar kehidupan masyarakat sudah membarah.

    4. Da'i ada menyebut hendak memakmurkan manusia di bumi. 

    Saya ingin bertanya, makmur yang bagaimana? Da'i hendak memimpin kami semua pergi ke mana?
    Saya bimbang apa yang da'i (dan ahli yang dipimpin) akan hujahkan nanti kalau tiba tiba Emilia de Strange datang bersemuka ingin berdebat?

    Da'i kenal siapa Emilie de Strange? Emilie ni pernah menjadi aset penting dan kebanggaan masyarakat suatu ketika dahulu. Mana tidaknya, dia lah pelajar terbaik SPM 1989 di sebuah negeri pantai timur dengan keputusan 9A. 

    Da'i, dapat 9A SPM di era 80an bukan hal yang kecil. Cuma berpuluh atau berbelas orang saja calon SPM seluruh negara yang bisa menikmatinya ketika itu. Tapi itu semua telah menjadi sejarah. Emilie sekarang tinggal di Norway melarikan diri lepas kantoi administrate page Murtad Pantai Timur beberapa tahun lepas.

    Ya. Emilie de Strange sudah lama mengaku murtad. Dia juga pembenci agama, dan juga pembenci Tuhan. Tidak sekadar itu, dia juga sedang bebas sebarkan keraguan beragama (dan keraguan bertuhan). Dia orang bijak pandai tuan Da'i. Entah berapa banyak buku dia dah telaah dan kaji, entah berapa banyak hujah dia dah analisis.

    Kalau kita masih terus diajar untuk memulihkan tudung Uqasha, macam mana kita nak berhadapan dengan Emilie (dan kawan kawan seangkatannya) dalam berhujah isu keTuhanan, falsafah, perbandingan agama, human rights, isu plurality, sekularism, diskriminasi gender, patriaki, feminism, atheism, agnosticism, LGBT dan aduhhhh tak cukup data internet kalau nak listkan. Nak makmurkan manusia yang macam mana?

    5. Itu baru seorang Emilie muncul. Kita tak tahu ada berapa ribu lagi Emilie yang tengah habiskan pelajaran dan akan timbul bangkit bila bila masa saja melawan dogma dan sistem kepercayaan umat manusia yang semakin rapuh. Takkan kita dan generasi bawah kita mahir nak bercakap pasal tudung dan aurat sahaja depan mereka ni nanti?

    6. Persoalan yang mungkin Da'i tanya, mana datangnya Emilie ni? Ingat saya bangkitkan yang di atas tadi, antara isu yang mesti kita ambil berat adalah pencabulan seksual kanak kanak.

    Ya. Emilie de Strange lahir dengan sejarah hitam sebagai mangsa cabul kanak kanak seawal usianya 5 tahun. Dia tidak dipedulikan. Lihat lah sekarang, seorang mangsa cabul kanak kanak 35 tahun yang lampau telah membesar dan melontar masalah kepada seluruh masyarakat yang terus terusan gagal memberi jawapan.

    7. Jadi masih tidak jelas kah kenapa saya katakan tugas Da'i, PU dan Imam Muda memimpin masyarakat untuk melawan penindasan itu sepatutnya menjadi hal lebih utama berbanding berbincang soal berjiran dengan Uqasha di syurga?

    Ohhh yaa, Emilie de Strange ni ada tinggalkan pesan di pagenya dulu (melalui kata kata Enstein);

    "Dunia ini takkan hancur dengan kejahatan manusia, sebaliknya ia hancur oleh manusia yang hanya melihat kejahatan namun tidak berbuat apa apa"

    Emilie de Strange, tokoh murtad, turut faham keperluan ini. Apatah lagi kita? - Fdaus Ahmad

    No comments

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad