• Semasa

    Bekas Mak Nyah Tenang Selepas Kembali Jadi Mak Nyah





    [BACA: Petua Berkesan Rawat Sakit Kepala Dan Angin]

    Foto Facebook
    Foto Facebook

    KUALA LUMPUR: Bekas mak nyah, Safiey Ilias, mengesahkan dirinya telah kembali kepada kehidupan lama, selepas mengambil keputusan untuk merubah cara hidup dengan menjadi lelaki sejati.
    Menurut Safiey, 22, yang juga merupakan seorang usahawan, keputusan untuk kembali menjadi mak nyah dibuat ekoran terlalu penat berdepan dengan tohmahan dan penghinaan sejak dia memutuskan untuk menjadi lelaki sejati pada April lalu.
    Katanya, ramai orang mempertikaikan kehidupannya ketika dia kembali pada fitrah asal, selain mendakwa ada yang menuduhnya menggunakan agama untuk menggaut keuntungan dalam perniagaannya.
    “1-2 kali tohmahan mungkin saya boleh tahan tapi kalau beratus kali ia beri kesan pada mental dan emosi saya. Saya dah jadi lelaki pun orang tanya mana misai dan janggut saya. Entahlah... saya fedup (menyampah).
    “Saya ambil keputusan untuk jadi pondan semula sebab saya dah terlalu penat melalui dugaan yang tak pernah putus-putus. Saya dah penat nak layan dan hadap tohmahan anda semua, bila saya jadi baik pun orang bercakap. Biarlah saya menjadi diri sendiri dan gembirakan diri saya ikut cara saya,” katanya dalam satu kenyataan di laman Facebooknya, lewat malam tadi.
    Kata Safiey, sebagai seorang manusia, dia juga mempunyai perasaan dan tidak kuat untuk berdepan dengan segelintir individu yang masih tidak puas hati dan terus menerus melemparkan kata-kata kesat terhadapnya.
    “Dah tak ada gunanya saya menjadi baik kalau saya terus dilemparkan dengan pelbagai kata-kata hinaan. Saya pun ada perasaan tipu kalau saya kata saya tak sedih dengan semua ni.
    “Sumpah saya penat sangat-sangat. Sana sini orang fitnah dan orang tak habis-habis kaitkan penghijrahan saya dengan bisnes. Memang agaknya korang tak boleh pisahkan dua benda ni daripada saya,” jelasnya lagi.
    Safiey dalam entri yang sama pagi ini turut meluahkan perasaan lega selepas keputusan untuk kembali menjadi mak nyah dan menjelaskan perkara tersebut kepada umum.
    “Ini yang saya nak, ketenangan. Dalam hidup ini kita kena tunjuk yang kita jahat, baru orang tak ambil tahu dekat kita dah. Maaf semua, tapi saya masih tetap dengan keputusan saya (kembali menjadi mak nyah).
    “Saya rasakan suatu beban hilang pagi ini lepas bangun tidur pagi tadi. Beban yang saya tanggung lama dah dan berat,” katanya.
    Semakan di laman Facebook, Safiey turut memuat naik sekeping foto menunjukkan dia ‘berhijab’.
    Safiey juga pernah membuang payudara implan untuk kembali menjadi lelaki normal. 
    Sesungguhnya hidayah itu milik Allah, sebagai masyarakat, kita harus mendoakan yang terbaik buat Safiey, dan bukannya mengecam tindakannya.
    Apalah yang ada pada manusia yang hanya mampu menilai luaran, sedangkan yang mengetahui isi hati seseorang hanya Yang Maha Esa.
    - mD

    No comments

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad