• Semasa

    “KENAPA Perkahwinan Orang Dulu-dulu Mampu Bertahan Lama, Walaupun Tidak Pernah Berjumpa Sebelum Menikah?” - Soal Lelaki Ini...





    [BACA: Petua Berkesan Rawat Sakit Kepala Dan Angin]

    “KENAPA Perkahwinan Orang Dulu-dulu Mampu Bertahan Lama, Walaupun Tidak Pernah Berjumpa Sebelum Menikah?” - Soal Lelaki Ini...


    Kenapa orang dulu-dulu kahwin tahan lama?

    Ini persoalan yang diutarakan seorang anak buat ibunya yang kini telah berusia 84 tahun.

    Mungkin jawapan si ibu agak klise, boleh dikatakan jawapan sama sering kita dengar daripada ibu bapa kita sendiri namun ia wajar direnung kembali.

    “Sebab perkahwinan orang dulu-dulu itu tidak ada percintaan atau berkasih-kasihan (sebelum menikah),” kata si ibu.

    Mengambil senario hari ini yang sering dilakukan orang kita di mana usai majlis perkahwinan, lazimnya pasangan pengantin baharu akan terus pergi berbulan madu, ini teguran wanita bernama Salbiah Wir dari Kota Singa.

    “Dulu-dulu selepas habis nikah dan bersanding, pengantin akan bawa pasangan berjumpa dengan saudara mara untuk dikenalkan.

    “Tapi pada zaman moden ini lain. Bila selesai majlis, esoknya mereka terus pergi berbulan madu. Sebenarnya ada kebaikannya apabila selepas nikah itu kita berkenalan dengan saudara mara,” katanya.

    Perkongsian itu dibuat melalui sebuah video, ‘Cara Rumah Tangga Bahagia’ oleh anak lelakinya, Sujimy Mohamad yang merupakan pengacara terkenal dari Singapura juga Penerbit Eksekutif ScreenBox Pte Ltd.

    Video berdurasi 7.42 saat itu menerima pelbagai reaksi positif daripada pelayar Facebook termasuk dari negara ini dan sehingga hari ini ia telah ditonton lebih 600,000 kali, lebih 11,000 ‘likes’ dan dikongsi sebanyak 25,653 kali.

    Dalam perkongsian sama, penerima Anugerah Ibu Mithali 2000 dari Jamiyah Singapura itu juga memberitahu tiga perkara ini perlu ada dalam keluarga sebagai kunci rumah tangga bahagia.

    “Panduannya kita mesti ada sakinah (ketenteraman), mawaddah (cinta), wa rahmah (kasih sayang). Tiga perkara ini kalau kita ada, insya-ALLAH aman rumah tangga.

    “Nak cari bahagia itu bukan senang. Jadi, kita ingat kepada ALLAH kerana Dia yang memberi kebahagiaan itu. Kalau dah datang bahagia, jangan abaikan. Rumah tangga kita itu, jagalah baik-baik,” katanya.

    Tambahnya, “kalau boleh, ibu bapa hanya beri nasihat, tak perlu campur urusan rumah tangga anak-anak.

    No comments

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad