• Semasa

    PADAH !! Dua Anggota Polis Ditahan Cederakan Guru





    [BACA: Petua Berkesan Rawat Sakit Kepala Dan Angin]

    PADAH !! Dua Anggota Polis Ditahan Cederakan Guru

    Keratan video viral

    IPOH, 6 Sep - Dua orang anggota polis yang didakwa mencederakan seorang guru sebuah sekolah dekat sini telah ditangkap hari ini.

    Menurut Ketua Polis Perak, Datuk Seri Abdul Rahim Hanafi, dua anggota itu telah menyebabkan kecederaan kepada guru itu sehingga patah tangan.

    "Permohonan reman akan dibuat esok di Mahkamah Majistret Pengkalan Hulu.

    "Siasatan akan dilengkapkan segera dan dirujuk ke Pengarah Pendakwaan Negeri untuk tindakan lanjut," katanya.

    Abdul Rahim berkata, pihaknya menjalankan siasatan di bawah Seksyen 325 Kanun Keseksaan iaitu menyebabkan kecederaan.

    Dalam kejadian Selasa minggu lalu, mangsa baharu selesai mengajar kelas tambahan bagi murid-murid tahun enam yang bakal menduduki Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR).

    Sinar Online melaporkan, kira-kira jam 7.15 malam, guru berkenaan telah ditahan dua anggota terbabit kerana mengesyaki mangsa adalah penagih dadah dan dibawa ke balai polis untuk siasatan.

    Rakaman video yang merakamkan kejadian guru terbabit ditahan dua anggota itu tersebar di media sosial.

    Menurut Sinar Online lagi, pihaknya berjaya menghubungi guru tersebut namun enggan mengulas lanjut selain mengesahkan tangan kirinya patah.

    Sumber : Sinar Online

    No comments

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad