'Selamat Pengantin Baru' - Sultan Selangor Selamat Nikah Dengan Pembaca Berita RTM
'Selamat Pengantin Baru' - Sultan Selangor Selamat Nikah Dengan Pembaca Berita RTM
SULTAN
Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj telah selamat
diijabkabulkan dengan Norashikin Abdul Rahman, pada pagi Rabu.
Pasangan
ini dinikahkan oleh Sahibus Samahah Dato’ Seri Utama Diraja Mufti
Selangor, Dato’ Seri Haji Mohd Tamyes di Masjid Istana Diraja, Istana
Alam Shah, Klang.

Menurut
Dato’ Lela Bakti Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Dato Haji Mahamad
Munir dalam satu kenyataan, majlis pernikahan Diraja ini diadakan secara
sederhana dan ringkas atas titah Baginda.
Isteri baginda iaitu Norashikin merupakan seorang pembaca berita RTM.
Terdahulu,
Sultan Selangor pernah mendirikan rumah tangga dengan Raja Zarina Raja
Tan Sri Zainal namun berpisah pada tahun 1988. Hasil perkahwinan itu,
pasangan Diraja ini dikurniakan dua puteri bernama Tengku Zerafina
dan Tengku Zatashah.
Setelah
itu, baginda berkahwin dengan Puan Nur Lisa Idris Abdullah warga
Amerika Syarikat pada tahun 1988 sebelum masing-masing mengambil
keputusan untuk berpisah pada 1997. Baginda mempunyai seorang putera
bernama Tengku Amir Shah



MathFx Pro Review
ReplyDeletehttp://centumentltdreview.com/mathfxpro-review/
Math FX Pro Review – The Real Truth Exposed. Don’t Join MathFXPro! Read my honest review before you Join MathFXPro System!
Product Name: MathFXPro
Official Website: CLICK HERE
http://autobinarysignalssoftwarereviews.com/mathfxpro-review/