• Semasa

    Belum Sempat Rasa BR1M, Poket Sudah Bocor - Tanda Negara Sedang Mengalami Krisis Kewangan Yang Teruk..





    [BACA: Petua Berkesan Rawat Sakit Kepala Dan Angin]

    Belum Sempat Rasa BR1M, Poket Sudah Bocor - Tanda Negara Sedang Mengalami Krisis Kewangan Yang Teruk.. KENAIKAN harga minyak yang diumumkan untuk bulan November telah menzahirkan negara sedang mengalami krisis kewangan yang meruncing.

    Kenaikan bulan ini adalah tertinggi dalam tempoh tahun ini iaitu RON 95 berharga RM1.95 seliter, RON97 (RM2.30), dan diesel (RM1.90).


    Harga baru yang diumumkan oleh kerajaan ini sudah pasti disambut negatif oleh masyarakat yang kini dalam keadaan sangat tertekan dengan kos kehidupan yang semakin meningkat.

    Kenaikan harga bahan bakar ini akan menyebabkan kenaikan harga-harga barangan berdasarkan keadaan dan pengalaman sebelum ini, ini akan menambahkan lagi bebanan rakyat khusunya golongan berpendapatan rendah dan sederhana.

    Biarpun Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak baru sahaja membentangkan belanjawan 2016, tidak sampai sebulan kerajaan telah membuktikan belanjawan yang dibentangkan itu tidak realistik kerana negara mengalami krisis kewangan.

    Kerajaan sendiri menunjukkan kepada masyarakat bahawa belanjawan negara untuk tahun 2016 tempang dan sukar untuk dilaksanakan.

    Rakyat baru sahaja dimomokkan dengan belanjawan yang 'enak' di mata masyarakat, ini termasuklah pengumuman kenaikan Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) dan sebagainya.

    Belum sempat rakyat 'menikmati' bantuan tersebut, poket rakyat telah 'dicuri' melalui kenaikan harga minyak.

    Rakyat perlu melihat kenaikan harga minyak ini sebagai bukti kerajaan yang ada pada hari ini tidak lagi memikirkan kepentingan rakyat, sebaliknya membuat kerja mudah untuk mendapatkan dana dengan menaikkan harga minyak! - Sinar Harian

    No comments

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad