• Semasa

    "Brek Mengejut, Anak Jatuh Tersembam Di Lantai Kereta" - Luahan Wanita Ini





    [BACA: Petua Berkesan Rawat Sakit Kepala Dan Angin]


    "Brek Mengejut, Anak Jatuh Tersembam Di Lantai Kereta" - Luahan Wanita Ini

    KUALA LUMPUR - Seorang kanak-kanak lelaki cedera di bahagian dahi selepas jatuh tersembam dalam kereta selepas ibunya brek secara mengejut, semalam. 

    Dalam kejadian jam 3 petang itu, Rozie Othman yang sedang memandu keretanya  bersama dengan dua anak kembarnya terpaksa membrek secara mengejut berikutan kereta di hadapannya yang berhenti secara tiba-tiba. 

    Insiden itu menyebabkan salah seorang anak kembarnya, Ariff Iskandar, jatuh tersembam ke lantai kereta dan menyebabkan luka di bahagian dahi. Manakala Aryan, yang pada ketika itu berdiri di tempat duduk penumpang hadapan, tidak mengalami sebarang kecederaan.
    "My twin, kasihan dia. Kereta di depan tiba-tiba brek, saya pun brek mengejut dan menyebabkan anak saya jatuh tersembam di lantai kereta," katanya.

    Bimbang melihat hidung dan dahi mangsa yang penuh dengan darah, Rozie segera membawa anaknya pergi mendapatkan rawatan. 

    Mangsa menerima satu jahitan dan difahamkan tidak mengalami kecederaan lain yang serius.


    "Ariff menangis sekejap sahaja dan dapat satu jahitan. Alhamdulillah semuanya selamat," kata Rozie. 

    Ibu bapa dinasihatkan tidak meletakkan anak kecil di tempat duduk penumpang hadapan tanpa menggunakan tempat duduk khas bagi kanak-anak, bagi tujuan keselamatan mereka. - The Reporter

    No comments

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad