• Semasa

    CEMAS !! Sejam Berdebar Atas Batu Terperangkap Kepala Air





    [BACA: Petua Berkesan Rawat Sakit Kepala Dan Angin]

    CEMAS !! Sejam Berdebar Atas Batu Terperangkap Kepala Air.  Dua remaja lelaki menempuh saat mendebarkan apabila terperangkap di atas batu besar lebih sejam di tengah-tengah air terjun apabila tiba-tiba berlaku kepala air ketika berkelah di Air Terjun Pertak, di sini, petang tadi. Dalam kejadian itu kira-kira jam 3.40 petang, 

    Muhammad Ashyraf Abdul Rahim dan Nur Muhammad Azman, masing-masing berusia 21 tahun sedang mandi bersama enam lagi rakan sebelum hujan lebat kira-kira jam 3 petang menyebabkan berlaku kepala air. Kedua-dua mangsa dipercayai tidak sempat naik ke tebing namun enam lagi rakan mereka dapat menyelamatkan diri. 

    Bomba membantu menyelamatkan dua lelaki yang terperangkap di tengah sungai akibat kejadian kepala air di Air Terjun Pertak, petang tadi. - Foto ihsan Bomba 

    Bomba yang menerima laporan pada jam 3.40 petang, menghantar sepasukan penyelamat dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kubu Bharu terdiri daripada seorang pegawai dan enam anggota diketuai Pegawai Bomba Kanan 11, Rosdi Shafie. 

    Jurucakap bomba Selangor, berkata anggota bomba mengambil masa kira-kira 30 minit untuk menyelamatkan kedua-dua mangsa menggunakan peralatan tali menyelamat. 

    "Kedua-duanya berjaya melintasi kawasan air terjun yang deras menggunakan tali menyelamat yang kita rentang ke tebing tanpa mengalami apa-apa kecederaan. 

    "Mangsa bersama enam rakan sampai ke kawasan air terjun itu pada jam 2 petang dari Selayang untuk berkelah sebelum fenomena kepala air berlaku akibat hujan lebat kira-kira jam 3 petang," katanya dalam satu kenyataan, malam ini. 

    Difahamkan, pasukan bomba terbabit turut menyelamatkan sekumpulan lagi pengunjung air terjun berkenaan yang terperangkap di seberang kawasan air terjun di satu lagi lokasi lain air terjun berkenaan. 

    Bomba membantu menyelamatkan dua lelaki yang terperangkap di tengah sungai akibat kejadian kepala air di Air Terjun Pertak, petang tadi. - Foto ihsan Bomba

    Sumber: www.bharian.com.my

    No comments

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad