• Semasa

    Korbankan Kehendak Berkereta, Anda Mampu Mempunyai Simpanan Mencecah RM55K Dalam 3 Tahun





    [BACA: Petua Berkesan Rawat Sakit Kepala Dan Angin]

    http://theviral-news.blogspot.com/2016/10/korbankan-kehendak-berkereta-anda-mampu.html

    Semangat untuk memulakan kehidupan baharu selepas tamat pengajian sudah semestinya dinanti-nantikan oleh semua graduan. Inilah masanya yang ditunggu-tunggu setelah beberapa tahun melalui zaman universiti, dan sudah tiba masanya, untuk menggunakan segala ilmu yang ada dalam kerjaya yang diperoleh.

    Namun begitu, setelah mula berkerja, dan memiliki wang sendiri, hasil dari penat lelah bekerja, kebanyakan graduan sudah mula rambang mata, dan tidak sabar untuk membelanjakan gaji mereka demi kepuasan diri. Termasuklah, dalam membuat pembiayaan kereta baharu.

    Tetapi, tindakan tergesa-gesa ini kadang kala akan memakan diri, lebih-lebih lagi dengan gaji permulaan yang tidak begitu tinggi, dan akan terikat dengan hutang untuk jangka masa panjang. Ketahuilah, dengan menahan diri anda dari membeli kereta baharu, anda mampu memperoleh simpanan yang sangat banyak. Jom kita baca penulisan dari saudara Khairul Ezuwan, bagaimana cara untuk melakukannya. 


    Anda lelaki bujang ? baru start kerja? Mari dengar cerita dongeng Abang yang mungkin boleh merubah pemikiran anda. Sila baca sampai habis , Kalau tak menyesal nanti. Ini serius!!

    Tak pelik kan bila anda yang bergaji RM2000 - RM2500 beli kereta Myvi baru malah ramai yang membelinya selepas mula bekerjaya. Myvi adalah jenis Kereta paling banyak di Malaysia.

    Cuba kita ambil Myvi yang medium spec & macam biasa full loan, komitmen bulanannya lebih kurang RM600. Kita rasa mampu sebab bayaran bulanannya adalah RM600. Namun Kita lupa kos yang wajib ditanggung bila memiliki kereta ini:

    1. Installment bulanan = RM600
    2. Minyak = RM400
    3. Purata Maintenance = RM100
    4. Purata Insurance/Roadtax = RM100
    5. Basuh kereta = tak nak kira
    6. Tol = Tak nak kira
    7. Accessories = tak nak kira
    8. Bayar Parking = tak nak kira

    Saya cuma nak ambil kos 1+2+3+4 , sebenarnya tanggungan anda untuk machine ini sebulan adalah RM1200 dengan mengabaikan kos 5+6+7+8. Kalau gaji anda RM2000, lepas ditolak EPF & lain-lain gaji bersih anda cuma RM1700 . Disebabkan ditolak kos wajib 1+2+3+4 . Gaji bersih anda sebenar tinggal lagi RM500 sahaja. Kos tambahan pada 5+6+7+8 mungkin memakan kesemua gaji anda. Anda sebenarnya bekerja penat lelah untuk menanggung Kereta tersebut sahaja, perasan ataupon tidak? Inilah punca utama buat anda terus rasa tertekan.

    Kalau anda mampu dengan kos RM1,200 sebulan tu, apa kata tangguhkan sementara beli kereta Myvi tu dulu. Pakai jer motor masa belajar kat university dulu. Buat pembiayaan ASB 200K . Installment bulanan RM1,111.Buat target selama 3 tahun tanpa usik dividen. Apakah hasilnya untuk anda?

    ➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖
    I) Dividen terkumpul 3 tahun @ 7.25% setahun = RM46,700

    II) Jual semula sijil @ tamatkan pembiayaan @ 36 bulan payment (Refund) = RM8,800

    Total simpanan tunai= RM55,500✔️
    ➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖

    Berbaloi tak korbankan kehendak pakai myvi tadi dalam tempoh 3 tahun, boleh ada simpanan RM55,500

    Apa nak buat dengan duit ni?

    Jangan gusar, waktu ini anda dah bina kebijaksanaan anda sendiri, anda pasti pandai aturkan sendiri kelak contohnya,

    🔸Beli Kereta 2nd hand tunai
    🔸deposit beli rumah
    🔸berkahwin
    🔸modal berniaga
    🔸beli emas, masuk Saham dan lain-lain.
    🔸Tidak masuk skim cepat kaya
    🔸Tidak tempah banglo Alfafa & seumpamanya.

    Kita risau takde awek pandang kita sebab takde kereta kan. Saya Bagi tips sikit teknik nak mengorat tanpa perlu pamerkan kehebatan anda berkereta dan cuma ada Honda EX5. Nak mengorat awek mesti whatapps kan. Snap picture kat muka pertama buku ASB yang Ada Nama tu & bahagian akhir buku ASB yang menunjukkan baki RM55,500✔️ tu, buat-buat tersalah hantar kat awek tu.


    Lelaki : "Ala sorry awak, tersalah tempat sent pulak. Nama awak dengan banker ni sama pulak, Maaf awak ".

    Perempuan : "Awak buat apa bagi baki buku ASB kat banker tu" (mula-mula dia rasa curiga anda sengaja menunjuk ntah buku siapa)

    Lelaki : "Saya sebenarnya tengah buat pembiayaan rumah, banker tu minta supporting document, saya tengah kelam kabut tadi, tersalah hantar pulak kat awak tadi. Nama dia sama pulak dengan awak yang saya save kat phone ni. Maaf sekali lagi ye.

    Perempuan: "Awalnya beli rumah, bagusnya".

    Lelaki : "saya dari awal bekerja memang nekad paksa buat simpanan , tu yang tak mau beli kereta dulu tu. Saya memang target nak beli rumah sebelum saya berkahwin sebab nak bagi kemudahan sedikit pada Bakal isteri saya nanti, Rumah sendiri senang nak hias kan. Awak suka Hias rumah tak?

    Perempuan: "Mestilah saya suka, saya perempuan kan".

    Dah-dah , takkan mengayat pon nak kena ajar semua.


    * Pakai motor bukan dosa
    * Kalau anda nak juga pakai kereta dulu , pakailah . Saya tidak menghalang pon sebab itu mungkin keperluan anda.
    * Kewangan kita, kita aturkan sendiri
    * Yang senang kita, yang susah pon kita, maka pilihlah sendiri mana jalan yang anda berkenan.

    Share jika bermanfaat ye, boleh ingatkan adik, sedara & rakan masing-masing . Yang bab mengayat tu kena buat personal coaching

    Sumber: Siakap Keli

    No comments

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad