"Mujur Ada Abang Bomba...."
KUALA LUMPUR - Seorang wanita warganegara Vietnam yang cuba terjun dari tingkat 12 di sebuah bangunan kediaman di Desa Aman Putri, Kepong, berjaya diselamatkan selepas dipujuk oleh seorang pegawai bomba, lapor Harian Metro.
Dalam kejadian jam 7.40 pagi tadi, wanita berusia 21 tahun berkenaan dilihat duduk tebing luar bangunan yang difahamkan bertindak demikian kerana tertekan dengan bebanan hutang.
Sembilan anggota dari Balai dan Penyelamat Bomba (BBP) Sungai Buloh dikerahkan ke tempat kejadian untuk membantu wanita berkenaan.
Pihak bomba mengambil masa selama 15 minit untuk memujuk wanita tersebut sebelum mangsa menghulurkan tangan dan membatalkan niatnya untuk terjun.
Penolong Kanan Penguasa Bomba Mohamed Sabri A Shamsudeen berkata, dia berjaya menarik wanita itu masuk ke dalam rumah dengan dibantu oleh dua anggota lain dan seterusnya mententeramkan mangsa dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya. - The Reporter
No comments