• Semasa

    RAYUAN !! Wahai Penyangak Pulangkanlah Telefon Ustazah Ini.. Amat Penting Untuknya





    [BACA: Petua Berkesan Rawat Sakit Kepala Dan Angin]

    Wahai Penyangak Pulangkanlah Telefon Ustazah Ini.. Amat Penting Untuknya 

    Kuantan : Mangsa kemalangan dalam Perlumbaan Automotif dan Inovasi Pendidikan 2016 (EIMARACE 2016), Siti Suhaiza Seman, 38, meminta belas ihsan individu yang mengambil telefon bimbit miliknya ketika kejadian itu Ahad lalu, memulangkan kembali kerana banyak gambar arwah suami dan anak tersimpan di dalamnya.
    Siti Suhaiza berkata, dia tidak kisah kehilangan telefon bimbit Samsung Note 3 itu tetapi terlalu sayangkan gambar di dalamnya yang menjadi kenangan keluarga serta pengubat rindu apabila teringatkan mereka berdua.
    “Kami percaya telefon bimbit berkenaan diambil seseorang ketika keadaan kelam-kabut kerana selepas kejadian itu, kami masih boleh menghubungi nombornya tetapi ia dimatikan apabila cuba dihubungi sekali lagi.
    “Saya berharap telefon itu dipulangkan semula dan berjanji tidak memarahi atau mengambil tindakan undang-undang terhadap individu terbabit, saya cuma mahukan gambar di dalamnya,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Astana Permai, di sini, semalam.
    Siti Suhaiza berkata, kematian suami, Izwan Isa, 39, dan anak perempuannya, Nur Zulaikha, 5, perlu mendapat pembelaan sewajarnya dan keadilan perlu ditegakkan untuk memberi pengajaran kepada pihak berkenaan.
    “Kalau perlu saman, samanlah...bukan sebab benci tetapi sebagai pengajaran kerana kecuaian. Kalau arwah (Izwan) masih hidup pun dia seorang yang tegas,” katanya.
    Terdahulu, Siti Suhaiza menerima sumbangan cek khairat kematian daripada Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) berjumlah RM1,500 disampaikan Timbalan Menteri Sumber Manusia Datuk Seri Ismail Abdul Muttalib.
    Selain itu, dia yang juga guru Sekolah Kebangsaan Indera Mahkota Utama (SKIMU), di sini, menerima bayaran pencen bulanan RM2,000 sebulan bermula awal bulan depan.
    Dalam kejadian jam 11.30 pagi itu, Izwan dan Nur Zulaikha terbunuh selepas dirempuh sebuah kenderaan kart yang terbabas ketika bersaing dalam EIMARACE 2016 di Jalan SUKPA, di sini, pada 25 September lalu.
    Seorang lagi anaknya, Muhammad Izz Danial, 7, cedera dan masih dirawat di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), di sini.-HM

    No comments

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad