• Semasa

    Sayu !! Iktibar Dari Kisah Tragis Sukri Saad





    [BACA: Petua Berkesan Rawat Sakit Kepala Dan Angin]

    Pesanan Sukri runtun simpati Amanah ziarah pusara Allahyarham 

    Kisah tragis seorang pemuda, Sukri Saad yang terjatuh dari Jambatan Pulau Pinang Rabu lalu akibat tekanan hidup yang ditanggungnya meruntun simpati Timbalan Presiden Amanah Salahuddin Ayub untuk mengunjungi pusara Allahyarham. 


    Salahuddin dan rombongan juga menunaikan solat jenazah di pusara Allahyarham Sukri dan bertemu isteri dan keluarga Allahyarham di Kampung Lahar Yooi Kepala Batas untuk mengucapkan takziah dan simpati yang mendalam. 

    Jasad Sukri, 38, ditemui pada jam 9 pagi tadi, kira-kira satu batu nautika dari tempat dia dipercayai jatuh dan dibawa ke Hospital Sungai Bakap untuk bedah siasat. 

    Motosikal, selipar dan telefon bimbit Mohd Shukri dijumpai pada pagi Rabu lalu di tepi jambatan dan ini mencetuskan operasi mencari oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat. 

    Dalam status terakhirnya di laman facebook yang menjadi viral di media sosial, Allahyarham sempat memberi peringatan kepada Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang supaya tidak tertipu dengan Umno. 

    “Yang terakhir buat Presiden Pas, janganlah tertipu dengan pimpinan Umno. Depa wayang jer kata dok sokong Rang Undang-undang (355) yang nak dibawa tu agar pembangkang berpecah. 

    “Bersatulah kembali menjadi pembangkang yang kuat agar nasib macam aku terbela. Nanti dah jadi kerajaan, media dah di'control' senang nak yakinkan rakyat tentang rang yang nk dibawa tu,” ujar Sukri dalam status Facebooknya. 

    Bapa kepada dua cahaya mata ini enggan berdepan hukuman penjara empat bulan sekiranya didapati bersalah menjual rokok seludup. 

    Beliau menyatakan tertekan dengan kerajaan yang zalim dan menganggap hukuman berkenaan tidak setimpal dengan kesalahan yang dilakukannya berbanding kes jenayah berskala besar lain. 

    “Yang pengarah tibai berjuta (ringgit) boleh lepas pulak dengan duit jaminan. Celaka punya pimpinan kerajaan sekarang. Berniaga kedai runcit kampung je bukan untung besar pun, margin cukup nipis dibebani dengan cukai GST lagi. 

    “Ku tak sanggup lagi menyusahkan orang dengan meminjam duit. Mulaku pilih untuk dipenjara tapi terkenangkan anak nanti digelar anak banduan. 

    “Ya Allah ampuni dosaku Ya Allah. Ku tahu Kau memahami dan Maha Mengampun. Ku benarkan status terakhirku ini jadi viral untuk beritahu kita dipimpin pemimpin yang zalim,” kata peniaga itu lagi. 

    Ulasan TMJ mengenai kejadian di atas - ringkas, padat dan tepat: 


    Semuga Allah swt mengampuni dosa Sukri Saad dan membuka mata dan hati mereka yang disebutkan oleh Allahyarham di dalam "wasiat"nya itu. 

    Sumber: greenboc

    No comments

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad