• Semasa

    SAYU !! Tiada Kesan Luka Bayi Ini Maut Impak Kemalangan Kereta Bapa Potong Tak Lepas (5 Gambar)





    [BACA: Petua Berkesan Rawat Sakit Kepala Dan Angin]

    SAYU !! Tiada Kesan Luka Bayi Ini Maut Impak Kemalangan Kereta Bapa Potong Tak Lepas (5 Gambar)

    Jelebu: Seorang bayi perempuan berusia sembilan bulan maut ma nakala ibu dan bapanya serta lima lagi, cedera dalam kemalangan membabitkan dua kereta di Jalan Jelebu-Kuala Klawang, dekat Bukit Tangga di sini, petang tadi.
    Kejadian 4.45 petang itu berlaku ketika Proton Saga BLM yang dinaiki tiga beranak itu bersama dua wanita warga Indonesia dalam perjalanan dari arah Seremban menuju ke Kuala Klawang.
    Kereta mereka bertembung dengan Perodua Bezza dinaiki lima beranak termasuk kanak-kanak berusia tiga tahun dan bayi lapan bulan.


    Seorang lagi mangsa kemalangan membabitkan dua kereta di Kilometer 9, Jalan Jelebu-Kuala Klawang dekat Bukit Tangga di sini, meninggal dunia di Hospital Jelebu, menjadikan dua mangsa terkorban setakat ini.
    Ketua Polis Daerah Jelebu Deputi Superintendan Othman Basri berkata, penumpang Proton Saga dikenali sebagai Halimah Ludin, 64, meninggal dunia ketika dirawat di wad kecemasan hospital berkenaan, 8 malam ini.
    Menurutnya, sebelum itu, bayi perempuan, Nur Rizqi Aaliya Mohamad Hakim berusia sembilan bulan meninggal dunia di lokasi kejadian.
    Beliau berkata, dalam kejadian 4.45 petang itu, Proton Saga dinaiki Halimah bersama empat beranak termasuk kanak-kanak berusia tiga tahun dan bayi berusia lapan bulan dari arah Seremban dipercayai cuba memotong kenderaan di hadapan.
    "Kereta mereka bertembung dengan kereta Perodua Bezza yang dinaiki pasangan suami isteri bersama bayi perempuan sembilan bulan yang maut itu serta dua wanita Indonesia yang datang dari arah bertentangan," katanya dalam kenyataan di sini.
    Othman berkata, mayat kedua-dua mangsa akan dibedah siasat pagi esok dan siasatan dijalankan mengikut Sekysen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

    No comments

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad