"Tak Nak Pergi Konvo Sebab Jubah Graduasi Buruk Macam Lapik Meja" - Netizen Selar Pelajar Tak Reti Bersyukur
"Tak Nak Pergi Konvo Sebab Jubah Graduasi Buruk Macam Lapik Meja" - Netizen Selar Pelajar Tak Reti Bersyukur. KUALA LUMPUR - Baru-baru ini, viral di media sosial luahan seorang pelajar Kolej Poly-Tech Mara (KPTM) Kuala Lumpur mengenai jubah graduasi yang didakwanya buruk.
"Sekarang ini memang musim konvo. Bukan apa, cuma nak luahkan ketidakpuasan hati. Aku graduan dari Kolej Universiti Poly-Tech Mara KL dan aku tak rasa langsung nak pergi konvo.
"Sebab apa? Sebab malu. Jubah KPTM/KUPTM adalah jubah yang paling buruk pernah aku tengok! Lawa lagi jubah graduasi tadika adik aku.
"KPTM, kalau ye pun nak untung lebih, janganlah biar graduan yang teraniaya. Hari konvo tu adalah hari untuk kami. Kalau jubah pun dah macam lapik meja rumah aku, apa cite? Janganlah hanya mengaut keuntungan semata-mata. Kasihan kami terpaksa pakai baju buruk di hari gah kami. Mohon ubah untuk konvo akan datang," katanya.
Jubah Konvo KPTM yang didakwa seperti lapik meja rumah pelajar berkenaan
"Baju Harry Potter? Baju nenek sihir? Baju hujan? Berkabung? Langsir dan bagai? Disebabkan jubah yang dipakai hanya untuk sehari, macam-macam perkataan yang keluar untuk tempat kau bertapa belajar bertahun-tahun?
"Betul, masing-masing ada hak untuk suarakan rasa tak puas hati atau pendapat masing-masing. Tetapi, perlukan disebabkan jubah konvo, sanggup hina caci maki tempat kau menimba ilmu? Kau dah jadi para graduan tetapi cara berfikir kau seperti budak sekolah rendah," kata Liyana Izzaty.
"Mungkin culture shock agaknya sebab budak-budak sekarang kan hipster. Kalau boleh, jubah konvo itu dia nak slim habis, warna habis style.
"Jangan nak pertikaikan sangat jubah itu. Bersyukurlah dengan apa yang ada. Diploma saja pun. Kau tak tahu mak ayah kau dulu dapat diploma, mana ada pakai jubah langsung. Nak jubah style, belajarlah sampai degree, master dan phd. Barulah merasa jubah yang cantik," kata Rusydi Radzali. - The Reporter
No comments