• Semasa

    (Video) Selamatkah Kad Paywave Digunakan? Ini Penjelasannya..





    [BACA: Petua Berkesan Rawat Sakit Kepala Dan Angin]



    PUTRAJAYA - Viral di media sosial sebuah video yang mendedahkan kelemahan kad Paywave, mencetuskan kebimbangan para pengguna di Malaysia yang akan bertukar kepada kad Paywave sepenuhnya mulai Januari 2017. 

    Para pengguna sebelum ini biasanya menggunakan kad debit yang memerlukan tandatangan sekiranya membuat pembayaran, bergantung pada sesebuah tempat. Namun dengan kaedah terbaru Paywave yang hanya memerlukan pengguna mengimbas kad bank sahaja tanpa perlu membuang masa untuk menurunkan sebarang tandatangan. 

    Berdasarkan video Inside Edition menunjukkan, ternyata amat mudah maklumat kad paywave seseorang itu dicuri tanpa perlu menyeluk dompet atau beg tangan mangsa.  

    Modus operandi penjenayah adalah mendekati mangsa dan berpura-pura bertanya tentang sesuatu, sambil tangannya memegang sebuah beg kecil mendekati beg mangsa. 

    Semasa mangsa sedang leka menjelaskan sesuatu, beg kecil tersebut yang mengandungi pengimbas kad elektronik bank akan mencuri maklumat kad bank mangsa. Sebaik saja berjaya, penjenayah akan segera beredar dan meninggalkan mangsa tanpa mengesyaki apa-apa. 

    Maklumat yang dicuri itu tadi akan digunakan untuk membuat pembelian di talian atau secara online. Segala pembayaran akan dicaj kepada kad bank mangsa dan akhirnya menyebabkan mangsa terpaksa menanggung kerugian yang tidak sepatutnya. 

    Jadi, apakah selamat penggunaan kad Paywave ini? - The Reporter

    No comments

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad