100,000+ Rakyat Berhimpun Desak Presiden Korea Selatan Letak Jawatan
100,000+ Rakyat Berhimpun Desak Presiden Korea Selatan Letak Jawatan. SEOUL - Berikutan skandal Presiden park Geun-hye dengan rakan lamanya, Choi Soon Sil, lebih 100,000 penduduk Korea Selatan mengadakan tunjuk perasaan di pusat bandar mendesak wanita itu meletak jawatan.
Choi dituduh menyalahgunakan hubungannya dengan Park, selain turut mencampuri urusan negara. Malah, mempunyai akses kepada data sulit kerajaan.
Rakyat Korea menuduh Presiden Park telah mengkhianati kepercayaan orang awam apabila terbabit dalam skandal yang turut membabitkan keluarga dan rakannya.
Lapor Press TV, Park mengaku salah kerana terlibat dalam skandal itu dan memohon maaf dan akan bertanggungjawab sepenuhnya.
Park juga bersedia untuk disoal siasat oleh pihak pendakwa berhubung kes tersebut. - The Reporter
No comments