Abang Janganlah Pulangkan Bayi tu RAYU Isteri ... Ini PUNCA Suami Isteri Ini Larikan Bayi di Hospital (5 Gambar)
Abang Janganlah Pulangkan Bayi tu RAYU Isteri ... Ini PUNCA Suami Isteri Ini Curi Bayi di Hospital (5 Gambar) TANAH MERAH : Sepasang suami isteri yang disyaki terdesak untuk memiliki cahaya mata membuat tindakan nekad mencuri seorang bayi perempuan berusia lima hari dari Wad Kanak-kanak Hospital Tanah Merah di sini kelmarin.
Dalam kejadian pada pukul 6.30 petang, suspek lelaki, seorang mekanik berusia 26 tahun, berpura-pura menjadi bapa kepada bayi itu dan mengikuti semua prosedur membawa keluar anak dari hospital berjaya melarikan bayi berkenaan.
Isteri mekanik terbabit yang berusia 23 tahun itu dikatakan kerap berlegar-legar di kawasan wad kanak-kanak itu sejak beberapa hari lalu dan berlagak seperti seorang wanita baru bersalin dengan memakai baju berlengan panjang dan berstoking panjang.
Setiap kali ditegur pengawal di hospital itu, wanita terbabit memberi alasan katil di wad tidak cukup dan dia datang melawat bayi yang didakwa dilahirkan pada 8 November lalu.
Tindakan suami isteri yang mencuri bayi yang bakal diberi nama Nur Amyra Sofea Mohd. Ihtisyamuddin oleh keluarganya mencetuskan suasana kecoh di hospital itu.
Nur Amyra berjaya dicuri mekanik itu dan isterinya selepas membayar bil hospital sebanyak RM20.50.
Ketua Polis Daerah Tanah Merah, Deputi Superintendan Suzaimi Mohamad (gambar kecil) berkata, kehilangan bayi itu disedari bapa mangsa, Mohd. Ihtisyamuddin Mohd. Ashri, 29, yang mahu melawat anaknya pada pukul 9 malam.
Namun, peniaga makanan itu terkejut kerana anaknya tiada di wad manakala isterinya, Siti Norbaiti Bahanaharing, 26, pula sedang menangis setelah anak bongsu daripada dua beradik itu hilang.
Pasangan suami isteri yang menculik bayi terbabit kini ditahan, kesihan mereka disebabkan terdesak untuk miliki bayi mereka kini ditahan dan bakal dihukum akibat perbuatan mereka.
Walaupun kediamannya diserbu polis malam tadi, wanita murung yang menculik seorang bayi perempuan dari Wad Kanak-Kanak Hospital Tanah Merah di sini bersama suaminya semalam masih berlagak tenang seolah-olah tiada apa yang berlaku.
“Bayi mama tidur atas katil dalam bilik,” jawab wanita berkenaan yang mengalami keguguran cahaya mata pertama pada Jun lalu dalam nada bersahaja ketika disoal pihak polis di mana lokasi bayi berusia lima hari tersebut.
Melihat keadaan wanita itu, pihak polis yang tiba di kediamannya di Alor Hijau Bukit Tanah, Selising, Pasir Puteh, kira-kira pukul 10 malam semalam memujuk suspek dan suaminya agar membawa bayi berkenaan ke Ibu pejabat Polis daerah untuk sesi pengecaman identiti dan siasatan lanjut.
Terdahulu, kira-kira pukul 6.30 petang semalam, wanita berusia 23 tahun itu dan suaminya, 26, bertindak di luar dugaan apabila menculik seorang bayi perempuan berkenaan dari wad tersebut.
Pasangan terbabit yang berpura-pura sebagai ibu bapa kepada bayi tersebut telah memperdayakan jururawat bertugas termasuk mengikuti semua prosedur discaj bayi dari wad berkenaan.
Difahamkan, beberapa hari sebelum itu, wanita tersebut berlegar-legar di kawasan wad dan berpura-pura seperti baru melahirkan bayi termasuk memakai pakaian dan berstoking panjang hingga menarik perhatian pengawal keselamatan bertugas.
Apabila ditegur dia memberi alasan bahawa katil tidak cukup selain memaklumkan telah melahirkan bayi berkenaan pada 8 November lalu.
Kejadian tersebut hanya disedari oleh bapa sebenar bayi berkenaan, Mohd. Ihtisyamuddin Mohd. Ashri, 29, selepas mendapati isterinya menangis teresak-esak mengadu tentang kehilangan anak kedua mereka kira-kira pukul 9 malam sebelum membuat laporan polis.
Ketua Polis daerah, Deputi Superintenden Suzaimi Mohamad berkata, pihak polis yang menerima laporan berhubung kejadian itu telah membentuk satu pasukan bagi mencari bayi tersebut dan berjaya mengesannya berada di dalam jagaan pasangan suami isteri di Alor Hijau Bukit Tanah, Selising.
Beliau kemudian menghubungi Ketua Balai Polis Selising, Sarjan Mejar Ibrahim Isa untuk meminta bantuan bagi memastikan keadaan bayi tersebut selamat.
“Bayi dan pasangan suami isteri tersebut kemudian dibawa ke balai polis untuk siasatan lanjut dan pengesahan identiti.
“Pemeriksaan dengan pihak hospital mendapati wanita tersebut tidak mempunyai sebarang rekod melahirkan bayi pada hari kejadian sebaliknya pernah keguguran pada bulan Jun lalu. Melalui proses pengecaman kami mendapati bayi dalam jagaan mereka itu adalah mangsa culik,” katanya.
Dalam pada itu ujar Suzaimi, pihaknya tidak menolak kemungkinan kedua-dua suspek bertindak sedemikian disebabkan kemurungan selepas kehilangan bayi mereka.
“Kita menahan lelaki itu dan isterinya kira-kira pukul 12 tengah malam bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 363 Kanun Keseksaan kerana menculik,” katanya.
No comments