• Semasa

    "Dah Cuba Minta Tempat Duduk Tetapi Saya Ditertawakan Saja" - Luahan Sayu Ibu Mengandung





    [BACA: Petua Berkesan Rawat Sakit Kepala Dan Angin]

    "Dah Cuba Minta Tempat Duduk Tetapi Saya Ditertawakan Saja" - Luahan Sayu Ibu Mengandung KUALA LUMPUR - Alangkah biadabnya sekumpulan remaja lelaki yang enggan memberi tempat duduk kepada seorang wanita mengandung ketika berada di dalam tren.


    Nur Izara, meluahkan rasa kecewanya itu di laman Facebook berhubung kedegilan sekumpulan remaja lelaki yang langsung tidak mempamerkan sikap prihatin mereka ketika menggunakan perkhidmatan awam itu. 

    Bukan tidak cuba, tetapi telah meminta. Malangnya, reaksi yang diberikan hanyalah pandangan kosong dan gelak ketawa sahaja.

    "Sungguh biadab! Saya cuba meminta tempat duduk dari sekumpulan remaja ini tetapi mereka hanya memandang saya dan ketawa.

    "Saya wanita mengandung dengan kandungan berusia 38 minggu. Bagaimana mereka tergamak melayan saya begini? 

    "Inilah mentaliti generasi kita hari ini yang tiada adab dan tiada rasa hormat pada orang lain," katanya. 

    Terdahulu, kes seorang wanita yang mendukung bayi dan anak sulungnya tidak diberikan tempat duduk ketika menggunakan Putra LRT juga turut viral di media sosial. Namun, tindakannya itu mengundang padah apabila beliau menyatakan rakaman itu dibuat hanya untuk melihat sama ada penumpang yang lain akan menawarkan tempat duduk kepadanya, yang jelas sekali beliau hanya membuat eksperimen sahaja. - The Reporter

    No comments

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad