Ibu Tampar Bayi 42 Kali Ditahan Polis. TASHKENT, UZBEZKISTAN - Seorang wanita yang dirinya dirakam menampar bayinya sebanyak 42 kali (kiraan dalam video) yang tersebar di media sosial minggu lalu, telah ditahan oleh pihak polis.
Jurucakap polis, Almas Sadubaev mengesahkan wanita berkenaan dikenal pasti sebagai Aygul Kozhabaevna telah ditahan dan mengaku melakukan kekejaman itu terhadap mangsa.
"Wanita itu tidak sedar tindakannya dirakam oleh anak rakannya berusia 8 tahun. Dia mengakui menampar anaknya untuk memberi pengajaran agar berhenti menangis," katanya.
Difahamkan kejadian itu berlaku pada awal bulan Ogos lalu, namun tersebar di media sosial baru-baru ini.
Difahamkan kejadian itu berlaku pada awal bulan Ogos lalu, namun tersebar di media sosial baru-baru ini.
Aygul kini berdepan dengan dakwaan melakukan penderaan terhadap kanak-kanak dan juga bakal berdepan dengan tuduhan menetap di Uzbezkistan secara tidak sah. - The Reporter
No comments