Inilah Bagaimana Kehidupan Perempuan Offshore Yang Ramai Tak TAHU !!
Inilah Bagaimana Kehidupan Perempuan Offshore Yang Ramai Tak TAHU. Jarang dengan orang perempuan kerja offshore kan? Kalau ada pun, mesti timbul persoalan, macam mana mereka boleh survive dalam kalangan lelaki yang ramai itu? Juhanis Johari, kongsi pengalaman kerjanya sebagai 'Perempuan Offshore'.
Oleh Juhanis Johari
Dah ramai dah oil and gas worker kongsi pengalaman kerja mereka sejak filem Deepwater Horizon ditayangkan. Alhamdulillah, dah ramai yang sedar betapa susah dan bahayanya hidup pekerja offshore yang dikatakan dapat gaji besar yang sudah tidak seberapa sekarang sebab harga minyak yang tak stabil.
Kelmarin, ada seorang wanita yang terkejut apabila saya kata yang saya pernah kerja offshore. Saya lagi terkejut sebab saya ingat semua orang sudah biasa bila cakap perempuan pergi offshore. Tetapi respon wanita ini lain.
"Beraninya awak kerja offshore. Bukan orang kata pergaulan bebas ke di sana?" soalnya.
Terkesima saya dengar soalan dia. Rupa-rupanya ada lagi yang tak tahu bagaimana kehidupan perempuan offshore.
Saya kerja offshore dah hampir empat tahun. Dari tahun 2012 sehingga tahun ini. Di drilling rig (pelantar minyak), selalunya adalah dalam 100-150 orang, bergantung pada pelantar itu besar mana. Dan dalam 100 orang ini selalunya ada 1-6 orang sahaja perempuan.
Yes! Perempuan memang always the minority.
Perempuan selalunya dapat bilik sendiri. Sama ada perempuan akan masuk bilik perseorangan atau kalau berkongsi pun, berkongsi sesama perempuan sahaja. Tetapi yes, kadang-kadang ada perempuan yang terpaksa share bilik dengan lelaki, bila ada isu POB (People on Board).
Isu POB ini memang terjadi bila ada seorang sahaja perempuan duduk dalam bilik yang ada dua katil. Selepas itu, yang datang rig itu pula semua lelaki. Katil pula tak cukup, jadi nak tak nak terpaksalah seorang lelaki masuk dalam bilik itu. Memang tak bestlah kalau kena.
Tetapi ini jarang berlaku dan kalau ada pun, syif lain-lain. Jadi, perempuan tak tidur dalam masa yang sama dengan lelaki itu. Bila lelaki itu tengah kerja, perempuan itu pula tidur dan sebaliknya. Tetapi memang tak boleh masuk biliklah nak solat ke apa pada masa kerja. Alhamdulillah selama aku bekerja, tak pernah lagi berkongsi bilik dengan lelaki ajnabi.
Kena ngorat, kacau itu memang biasalah. Kena pandai, jangan dilayan sangat tetapi jangan pula sombong sangat. Kalau layan sangat, bahaya. Nanti dia ingat kita betul-betul suka pada dia. Selepas itu, dah balik cuti pun kacau-kacau lagi.
Inilah Bagaimana Kehidupan Perempuan Offshore Yang Ramai Tak TAHU.
Memanglah tak bagi nombor, tetapi sekarang teknologi dah maju. Facebook, Instagram, nombor telefon memang boleh cari celah gigi. Habis dah ada stalker dalam hidup. Kalau sombong sangat, nanti mereka berdendam pula. Sampai kadang-kadang nak minta tolong, mereka langsung tak layan kita.
Sexual abuse? Memang ada. Kadang-kadang sexual abuse itu tak semestinya yang meraba-raba dan sentuh. Dengan word atau action dari jauh pun boleh dikira sexual abuse. Kalau kena, terus saja laporkan pada orang atasan. Mereka akan ambil tindakan serius. Suspek memang akan terus kena run-off (halau) dari rig itu. Tetapi kita kadang-kadang malas nak besarkan ceirta. Kalau setakat mereka sakat "Jom jadi isteri kedua abang,", pekakkan saja telinga.
Walaupun bilik perempuan tetapi yang tolong mengemas bilik adalah lelaki. Ya, di rig memang ada pekerja dipanggil roomboy yang khas untuk mengemas bilik. Itu yang syok, tetapi yang tak syoknya, yang mengemas itu lelaki. Sebab dalam bilik perempuan mestilah banyak barang perempuan kan. Selalunya sebelum keluar dari bilik kerja syif, memang soroklah semua barang-barang personal. Malu gila kalau mereka terjumpa.
Paling menyampah sekali bila ada fire drill (latihan kebakaran) di mana semua individu kena pergi muster station (tempat berkumpul). Tak kisahlah awak tengah tidur ke, tengah kerja ke. Paling haru masa tengah tidurlah. Sudahlah tengah sedap tidur, tiba-tiba alarm bising. Baru bangun nak pakai tudung, dah ada orang lelaki terjah suruh keluar cepat. Adeh! Kadang-kadang itu tahu akan ada fire drill, nak tidur pun bertudung sebab takut orang terjah begitu saja.
Foto - Juhanis Johari |
Foto - Juhanis Johari |
Foto - Juhanis Johari |
Foto - Juhanis Johari |
Tetapi pergaulan bebas itu saya rasa tak adalah. Takat makan bersama-sama beramai-ramai, lepak di helideck ke dan kerja sama-sama. Orang perempuan yang kena pergi offshore memang kena pandai membawa diri. Itu yang penting. - Juhanis Johari | The Reporter
No comments