• Semasa

    Kerat Mayat 10 Bahagian, Inilah Suspek OKU Direman





    [BACA: Petua Berkesan Rawat Sakit Kepala Dan Angin]

    Kerat Mayat 10 Bahagian, Inilah Suspek OKU Direman. MUAR - Seorang remaja lelaki OKU yang dipercayai melakukan pembunuhan kejam dengan mengerat mayat seorang remaja lelaki kepada 10 bahagian semalam, ditahan reman selama seminggu bermula hari ini. 

    Foto Syarafiq Abd Samad | Harian Metro

    Lapor Harian Metro, Majistret Maslinda Selamat mengeluarkan perintah reman terhadap suspek berusia 19 tahun yang dipercayai mengenali mangsa sehingga 13 November ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. 

    Semalam, polis menemui 13 anggota badan yang dikerat dipercayai milik seorang mangsa yang belum dikenal pasti identitinya di sebuah rumah di Kampung Kesang Laut, Tangkak.

    Siasatan awal pihak polis mengesyaki kes pembunuhan bermotifkan cemburu dan melibatkan seorang janda, berdasarkan fakta kes yang dikongsi meluas di media sosial.

    Suspek juga tiada sebarang rekod jenayah lampau.  - The Reporter

    No comments

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad