• Semasa

    Malaysia Pengeluar Minyak Sawit Kedua Terbesar Di Dunia, Tapi Kenapa Harga Minyak Masak Dirasionalisasi?





    [BACA: Petua Berkesan Rawat Sakit Kepala Dan Angin]

    Malaysia Pengeluar Minyak Sawit Kedua Terbesar Di Dunia, Tapi Kenapa Harga Minyak Masak Dirasionalisasi? Sejak pemansuhan subsidi minyak masak bagi paket melebihi 1 kilogram (kg) berkuat kuasa, ramai yang mempersoalkan mengapa harga minyak masak meningkat begitu tinggi sedangkan Malaysia adalah negara pengeluar minyak sawit kedua terbesar di dunia.

    Foto: Kosmo!

    Dakwaan yang tersebar di media sosial menunjukkan banyak andaian telah dibuat oleh rakyat negara ini termasuk membabitkan harga petrol, kerana menurut mereka, Malaysia menghasilkan komoditi mentah dan rakyat negara ini seharusnya menikmati harga yang lebih murah.

    Sementara segelintir yang lain secara salah berpendapat bahawa minyak sawit mentah adalah seperti harga petrol global yang menunjukkan penurunan, tetapi sebaliknya taksiran tersebut bertentangan dengan hakikat sebenar.

    Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hamzah Zainudin menjelaskan harga minyak olein telah meningkat daripada RM2,400 tan metrik pada tahun lepas kepada RM3,000 tan metrik pada September lalu.

    Penulis blog (blogger), syahir521 menerusi entrinya telah menjelaskan secara terperinci mengenai subsidi minyak masak dan bagaimana kerajaan mengambil keputusan untuk melaksanakan pengstrukturan semula subsidi.

    Menurut entri tersebut, ia adalah berdasarkan kajian terperinci membabitkan corak perbelanjaan isi rumah rakyat Malaysia yang menunjukkan bahawa subsidi kerajaan sedang dinikmati oleh golongan berpendapatan tinggi dan telah dieksploitasi oleh penyeludup.

    “Walaupun Malaysia adalah antara negara pengeluar minyak sawit terbesar dunia, hasil jualan kelapa sawit dan minyak sawit bukanlah 100% diperolehi oleh kerajaan.

    “Kerajaan Malaysia hanya mengutip cukai dan levi ke atas hasil kelapa sawit iaitu duti eksport minyak kelapa sawit mentah, duti eksport minyak kelapa sawit diproses, duti eksport isirong kelapa sawit (palm kernel), levi minyak kelapa sawit dan levi buah kelapa sawit,” kata blogger itu.



    Beliau turut menyediakan carta berdasarkan statistik daripada Jabatan Audit Negara (JAN), yang mana menunjukkan jumlah yang dibelanjakan oleh kerajaan untuk Skim Penstabilan Harga Minyak Masak (COSS) selama ini.

    Beliau juga menjelaskan bagaimana hasil pendapatan yang dikutip oleh kerajaan melibatkan kelapa sawit tidak dapat menampung subsidi minyak masak yang diperuntukan setiap tahun.

    “Secara purata hasil kelapa sawit yang kerajaan kutip daripada duti dan levi ini hanyalah sejumlah RM300 juta setahun berbanding purata subsidi minyak masak tahunan RM1 billion setahun,” katanya yang turut menjelaskan kebanyakkan keuntungan adalah dinikmati oleh syarikat-syarikat perladangan kelapa sawit, dan bukannya kerajaan.



    Dari perspektif pengguna pula, penulis blog itu mengemukakan fakta dan angka yang diperolehi daripada JAN, menunjukkan bagaimana band pendapatan tinggi di Malaysia memberi manfaat yang sebahagian besarnya adalah COSS, selain membuktikan kewajaran keputusan KPDNKK untuk mengekalkan subsidi hanya kepada minyak masak paket 1kg.


    Selain itu, satu lagi alasan kerajaan melakukan rasionalisasi adalah untuk membendung kegiatan penyeludupan minyak masak bersubsidi ke luar negara oleh pihak tidak bertanggungjawab

    “Jika kerajaan menambah penguatkuasaan ia juga akan melibatkan pertambahan kos seperti penggajian pegawai-pegawai penguatkuasa yang juga akan melibatkan kos yang tinggi.

    “Pemansuhan subsidi juga menghapuskan insentif untuk penyeludup dan pegawai-pegawai untuk memberi dan menerima rasuah,” katanya.

    Syahir521 mengakhiri catatannya dengan hrapan agar langkah dilaksanakan kerajaan ini mampu menjimatkan perbelanjaan negara dan seterusnya dapat disalurkan kepada golongan yang lebih memerlukan.

    “Tiada siapa yang suka apabila berlaku kenaikan harga barangan asas seperti minyak masak, tetapi ini adalah langkah terbaik untuk memastikan tidak berlaku perkara-perkara seperti yang saya terangkan di atas dan wang yang dijimatkan boleh disalurkan kepada golongan yang memerlukan melalui bantuan tunai seperti BR1M.

    “Jika harga minyak kelapa sawit turun pada masa depan, kemungkinan besar harga minyak masak juga akan turun sama seperti harga minyak petrol dan diesel di stesen-stesen minyak,” katanya. - mD

    No comments

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad