• Semasa

    NGERI !! Tergelincir, Leher Budak 11 Tahun Tertusuk Duri Pagar (5 Gambar)





    [BACA: Petua Berkesan Rawat Sakit Kepala Dan Angin]

    NGERI !! Tergelincir, Leher Budak 11 Tahun Tertusuk Duri Pagar BANGKOK - Padah memanjat pagar berduri, leher seorang kanak-kanak tertusuk besi tajam sepanjang lebih 20 sentimeter.


    Mangsa, Tharathep Wanacharoenlap, 11, memanjat pagar tersebut untuk menemui rakannya, malangnya mangsa tergelincir kerana pagar tersebut licin selepas hujan sebelum itu. 

    Akibatnya, leher mangsa tertusuk pada duri pagar. Namun bernasib baik kerana besi itu tidak terkena pada saluran darahnya. 

    Ekoran kejadian itu, mangsa tidak menggerakkan dirinya selama 10 minit sebelum orang ramai datang membantu dan menghubungi ambulans. 

    Tiba di tempat kejadian, pekerja penyelamat segera memotong besi berkenaan sebelum membawa mangsa turun dan dihantar ke hospital dengan besi yang masih tertusuk pada lehernya. 

    Menurut jurugambar yang merakam kejadian itu, Natarit Noonpradate, berkata, mangsa memanjat pagar itu setiap hari untuk menemui rakannya. 

    "Rakannya terlalu malas untuk membuka pintu pagar yang terletak kira-kira 800 meter dari rumah. Kebetulan hari itu hujan dan pagar berkenaan licin menyebabkan mangsa jatuh dan lehernya tertusuk pada besi pagar itu," katanya. 





    Besi pagar berjaya dicabut dari leher mangsa dan keadaan mangsa dilaporkan semakin pulih serta dijangka dibenarkan pulang dalam beberapa hari lagi. - The Reporter

    Sumber: Harian Metro

    No comments

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad