• Semasa

    Sanggup Letak Bayi Di Pinggir Tebing Kerana Mahu Rakam ' Gambar Mesra '





    [BACA: Petua Berkesan Rawat Sakit Kepala Dan Angin]

    Sanggup Letak Bayi Di Pinggir Tebing Kerana Mahu Rakam ' Gambar Mesra '. ARAB SAUDI - Sepasang suami isteri dikutuk netizen kerana sanggup mengambil risiko dengan meletakkan bayi mereka di pinggir tebing gunung semata-mata mahu merakam gambar percutian mereka. 
    Ibu bapa sanggup ambil risiko demi ' gambar mesra ' 
    Gambar tersebut dirakam di sebuah destinasi popular Dikkat Al Al Halwani, puncak Gunung Al Hada, menghadap lebuh raya Makkah di barat Arab Saudi. 

    Lapor Al Marsad, pasangan yang tidak didedahkan identiti itu menerima pelbagai kritikan yang teruk selepas ' gambar mesra 'berkenaan tersebar meluas di media sosial. 

    Netizen meluahkan kemarahan dan menuduh pasangan terbabit tergamak membahayakan nyawa bayi mereka sendiri kerana satu ' gambar mesra ', malah ada yang meminta pasangan berkenaan dikenakan hukuman penjara kerana jelas sekali pasangan itu 'mendera' si kecil berkenaan. - The Reporter

    No comments

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad