SAYU !! Diploma BERDARAH .. Maafkan Aku Sahabat Sambil Memangku Jasad Rakan (6 Gambar)
SAYU !! Diploma BERDARAH .. Maafkan Aku Sahabat Sambil Memangku Jasad Rakan (6 Gambar) KEMAMAN : Suasana pilu ditempat kejadian apabila melihat seorang sahabat memangku jasad sahabatnya yang maut apabila kereta dinaiki mereka merempuh besi penghadang jalan.
Kegembiraan graduan Universiti Malaysia Pahang (UMP) menggengam segulung diploma tidak kekal lama apabila dia maut sementara rakannya parah selepas terlibat kemalangan ngeri di Kilometer 253.6 Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) dekat Perasing, lewat petang kelmarin.
Kejadian itu berlaku kira-kira jam 6.50 petang ketika mangsa, Nurul Ashikin Othman, 22, dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Kuala Terengganu selepas pergi mengambil diplomanya itu di UMP Kampus Gambang.
Kemalangan dipercayai terbabas lalu melanggar besi penghadang jalan dan terseret pada besi itu sejauh beberapa meter menyebabkan kenderaan itu hancur di bahagian hadapan.
Ekoran itu, Nurul Ashikin yang bekerja secara sementara sebagai juruwang di sebuah kedai makanan segera di Kuala Terengganu maut di lokasi kejadian selepas alami kecederaan parah dan terperosok di bahagian kaki tempat duduk penumpang hadapan.
Rakannya yang beralamat di Kerteh turut cedera parah dan dikejarkan ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan untuk rawatan segera.
Bapa saudara Nurul Ashikin, Zulkifli Mat Isa, 52, berkata, anak saudaranya itu menumpang tidur semalaman di rumahnya di Kampung Meraga Beris, Kijal sebelum pergi ke UMP untuk mengambil diploma.
Katanya, Allahyarham Nurul Ashikin tidak dapat hadir pada majlis konvokesyen yang berlangsung sehari sebelum kemalangan itu.
“Dia keluar dari rumah kira-kira jam 10 pagi dan sempat makan ketupat sebelum pergi ke universitinya itu.
“Namun saya terkejut apabila dapat tahu dia terlibat dengan kemalangan dalam perjalanan balik ambil diplomanya itu,” katanya.
Mayat pemegang Diploma Sains Komputer itu kemudian dihantar ke Hospital Kemaman untuk bedah siasat dan hasil bedah siasat mengesahkan mangsa maut disebabkan kecederaan dalaman apabila limpanya ditembusi tulang rusuknya yang patah.
Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Kemaman, Deputi Superintendan Normansah Din ketika dihubungi mengesahkan mengenai kemalangan berkenaan.
No comments