• Semasa

    Simbah Asid: Lelaki Dibutakan Sebagai Balasan





    [BACA: Petua Berkesan Rawat Sakit Kepala Dan Angin]

    Simbah Asid: Lelaki Dibutakan Sebagai Balasan. TEHRAN, IRAN - Seorang lelaki Iran dibutakan sebagai hukuman di atas kesalahan menyimbah asid pada seorang kanak-kanak berusia empat tahun yang telah menyebabkan mangsa hilang penglihatan. 

    Gambar hiasan | Google Images

    Undang-undang itu adalah sebahagian kod syariah Islam, namun pelaksanaannya dikecam oleh kumpulan hak asasi manusia antarabangsa. 

    Menurut Ketua Hal Ehwal Jenayah, pejabat pendakwa Tehran, Mohammad Shahriari berkata, tertuduh telah menyimbah asid pada kanak-kanak perempuan berusia empat tahun itu pada 2009 sehingga menyebabkan mangsa buta. 

    "Hari ini, undang-undang jenayah telah digunakan di hadapan saya dan pakar-pakar,"  katanya. 

    Mangsa bagaimanapun boleh memilih hukuman yang akan dikenakan terhadap penyerang mereka yang mana selalunya dilakukan berdasarkan wang tuntutan ganti rugi. - The Reporter

    No comments

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad