• Semasa

    Trump Akan Bekerja Sebagai Presiden US Percuma Tanpa Gaji, Takkan Ambil Sesen Pun Dari Gaji Yang Bernilai RM 1.76 Juta Setahun





    [BACA: Petua Berkesan Rawat Sakit Kepala Dan Angin]

    Trump Akan Bekerja Sebagai Presiden US Percuma Tanpa Gaji, Takkan Ambil Sesen Pun Dari Gaji Yang Bernilai RM 1.76 Juta Setahun. NEW YORK: Donald Trump berkata dia akan bekerja sebagai presiden US tanpa menerima gaji dan menegaskan tidak akan menerima walaupun satu dollar dari gaji itu.


    Sebelum kejayaan pilihan raya, Presiden dipilih itu menegaskan, beliau malah tidak akan "mengambil walau satu dollar" daripada gaji presiden sebanyak AS$400,000 (RM1.76 juta) setahun.

    Bercakap dalam satu acara pada September tahun lalu, beliau memaklumkan penyokong di New Hampshire: "Perkara pertama yang saya lakukan jika dipilih sebagai presiden, saya tidak akan menerima gaji. Ia bukan satu masalah buat saya."

    Beliau mengulangi dakwaan itu dalam satu soal jawab di Twitter akhir bulan sama apabila seorang pengikutnya bertanya: "Adakah anda melepaskan gaji presiden jika dipilih?" yang dibalas Trump: "Berkaitan gaji, saya malah tidak akan mengambil walau sedollar pun. Saya akan melepaskan gaji saya jika dipilih sebagai presiden."

    Ketika kempennya, ahli politik Republikan itu mendakwa, sebagai seorang jutawan perniagaan, beliau tidak terikat dengan arahan penyokong kewangan.

    Trump dianggarkan memiliki kekayaan bernilai AS$3.7 bilion (RM16.31 bilion) menurut Forbes.

    Presiden AS kaya sebelum itu mendermakan gaji mereka kepada badan kebajikan selepas menganggap tidak memerlukan sokongan kewangan sebagai pendapatan peribadi.

    Herbert Hoover dan John F Kennedy, kedua-duanya dilaporkan mendermakan wang itu kepada badan kebajikan. - Agensi

    No comments

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad