• Semasa

    (Video) Kanak-Kanak Lemas Ketika Bermain Hujan Di Tepi Sungai





    [BACA: Petua Berkesan Rawat Sakit Kepala Dan Angin]


    (Video) Kanak-Kanak Lemas Ketika Bermain Hujan Di Tepi Sungai. KAJANG - Mayat seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun, Aiman Safuan Mohd, yang dilaporkan terjatuh dan lemas di dalam sungai di Batu 9 Cheras, petang semalam telah ditemui anggota bomba hari ini, lapor Harian Metro

    Anggota Bomba dan Penyelamat Kajang berjaya menemui mayat mangsa kira-kira 1.5 kilometer dari lokasi mangsa dilaporkan terjatuh pada jam 11.05 pagi semalam. 

    Mayat mangsa diserahkan kepada polis dan dihantar ke Hospital Kajang untuk bedah siasat.

    Sebelum kejadian, mangsa bersama tiga lagi rakannya, Luqman Hakim, Mohd Firdaus dan Amirul Aiman, bermain hujan di tepi sungai. Malangnya selipar mangsa telah terjatuh ke dalam sungai.

    Luqman Hakim cuba membantu mendapatkan semula selipar tersebut. Mangsa kemudian cuba membantu Luqman Hakim naik ke atas semula tetapi kakinya tergelincir dan jatuh ke dalam sungai.



    Dua lelaki yang kebetulan lalu berdekatan jambatan di Masjid Ubudiah, Kg Sungai Raya ternampak mangsa dalam keadaan terkapai-kapai lemas di dalam sungai. Bagaimanapun tidak dapat berbuat apa-apa kerana air sungai pada waktu itu deras kerana hujan lebat dan mangsa hanyut dibawa arus.  - The Reporter

    No comments

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad