• Semasa

    SAYU !! Hasrat Sambut Harilahir Tidak Kesampaian.. AJAL Pemandu BAS Maut Bersama Isteri dan Anak (10 Gambar)





    [BACA: Petua Berkesan Rawat Sakit Kepala Dan Angin]

    SAYU !! Hasrat Sambut Harilahir Tidak Kesampaian.. AJAL Pemandu BAS Maut Bersama Isteri dan Anak (10 Gambar) MUAR : Pemandu bas adalah insan yang dicerca dan kritik hebat apabila terlibat kemalangan yang mengakibatkan ramai mangsa yang maut.


    Tragedi awal pagi tadi pemandu bas tersebut maut bersama 13 lagi mangsa dan serami 16 orang cedera.

    Dikhabarkan pemandu bas terbabit memandu amat laju, mengikut sahabat mangsa melalui laman sosial pemandu bas yang dikenali nama Zakir tersebut dikhabarkan memandu dalam kepenatan tanpa rehat yang cukup.

    Mengikut sahabat mangsa lagi turut maut dalam kemalangan terbabit anak dan isteri mangsa yang sama-sama berada dalam bas terbabit untuk ke Kuala Lumpur dari Johor, mereka dalam perancangan untuk menyambut harijadi salah seorang dari keluarga mangsa.

    SAYU !! Hasrat Sambut Harilahir Tidak Kesampaian.. AJAL Pemandu BAS Maut Bersama Isteri dan Anak (10 Gambar


    Isteri dan anak mangsa tinggal diPulau Pinang sebelum ini mangsa telah mengambil penumpang di Pulau Pinang turut mengambil anak dan isteri sekali dibawa ke Johor dan malam tadi mereka bertolok ke Kuala Lumpur namun bas mereka terlibat dalam kemalangan di Pagoh dan mereka maut bersama.













    Berita Harian melaporkan bas dipandu terlalu laju dipercayai punca nahas mengorbankan 14 nyawa dalam kemalangan maut di Kilometer 137.2 Lebuhraya Utara-Selatan arah utara berhampiran Kampung Jayor dekat sini awal pagi tadi. Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Azman Ayob, berkata siasatan awal mendapati nahas jam 3.45 pagi itu tidak membabitkan kenderaan lain. 


    [BACA: 14 Maut, 17 Cedera Dalam Kemalangan Bas Ekspres Terbaru]


    "Hasil siasatan awal, kami percaya bas ekspres Alisan Golden Coach dari JB Sentral ke Terminal Bersepadu Selatan, Kuala Lumpur, itu terbabas ke kiri jalan dan mempunyai kesan tayar pada tanah sejauh 150 meter tanpa kesan brek.

     "Ia kemudian melambung dan terjunam ke dalam gaung sedalam hampir 10 meter sebelum terhenti apabila bahagian depan bas merempuh terowong konkrit di Kampung Jayor. 

    "Akibat hentakan kuat itu, 12 daripada 30 penumpang serta pemandu bas berkenaan meninggal dunia di tempat kejadian manakala seorang penumpang meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF), di sini.

     "Semua yang maut adalah penumpang yang duduk di bahagian hadapan bas berkenaan," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Muar, di sini, sebentar tadi. 

    Azman berkata, seramai enam lelaki dan lapan wanita termasuk seorang kanak-kanak maut, manakala baki 16 penumpang cedera parah dan ringan dikejarkan ke HPSF untuk mendapatkan rawatan kecemasan. Katanya, lebih 50 pasukan keselamatan dikejarkan ke lokasi membabitkan polis; bomba dan penyelamat; Agensi Pertahanan Awam Malaysia (APM) serta petugas hospital dan operasi menyelamat tamat pada jam 7.30 pagi. 

    Beliau berkata, polis cuba menghubungi pengurusan bas ekspres berkenaan namun belum mendapat jawapan. "Semua identiti mangsa yang maut belum dikenal pasti, manakala mangsa yang cedera terdiri daripada tujuh lelaki tempatan; lima lelaki Singapura; dua lelaki Myanmar; seorang wanita Singapura dan seorang wanita belum diketahui identiti. 

    "Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan APJ 1987," katanya. Senarai mangsa cedera dan kini dirawat di Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF), Muar.

    No comments

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad