SAYU !! Siksanya Ajal Diluar Negara.. Akhir nya Jasad Farhan Yang Lemas Selamat Pulang ke Malaysia (10 Gambar)
SAYU !! Siksanya Ajal Diluar Negara.. Akhir nya Jasad Farhan Yang Lemas Selamat Pulang ke Malaysia (10 Gambar) | PUTRAJAYA : Segala usaha untuk membawa pulang jenazah farhan berjalan lancar walaupun berbagai dugaan dan rintingan tambahan ia nya melibatkan kos yang amat tinggi, sehingga 50 ribu amat lah siksa temui ajal diluar negara namun ini adalah ketentuan yang maha esa selagi ada usaha maka ada lah jalan nya .
Jenazah rakyat Malaysia, Muhammad Farhan Na’imullah Zubir, 26 yang ditemukan lemas di Melbourne, Australia selamat tiba di Kompleks Kargo Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini hari ini.
Penerbangan Thai Airways TG415 yang membawa jenazah, Muhammad Farhan Na’imullah itu tiba di sini pada pukul 11.55 pagi dan jenazah dibawa keluar dari Kompleks Kargo KLIA pada pukul 1.55 tengah hari.
Jenazah kemudian dibawa terus ke Johor Bahru untuk disembahyangkan sebelum disemadikan di tanah perkuburan Islam Bukit Allif, Johor Bahru, Johor.
SAYU !! Siksanya Ajal Diluar Negara.. Akhir nya Jasad Farhan Yang Lemas Selamat Pulang ke Malaysia (10 Gambar)
Muhammad Farhan Na’imullah yang bekerja sebagai pengutip buah di Farm Buffalo Orchad di Melbourne lemas ketika mandi di Sungai Ovens berhampiran rumah sewanya pada 13 Disember lalu.
Mayatnya ditemukan pasukan penyelamat Australia kira-kira pukul 8 malam selepas dihanyutkan arus deras ketika mandi pada pukul 2 petang.
Bekas pelajar Kolej Universiti Insaniah (KUIN), Kedah itu bekerja sementara di Farm Buffalo Orchad sejak Januari lalu dan sepatutnya pulang semula ke Malaysia awal tahun depan untuk melangsungkan perkahwinan selepas bertunang dengan rakan kolejnya pada September lalu.
Sementara itu, kakak Muhammad Farhan Na’imullah, Nurdiyana Zubir, 29, ketika ditemui pemberita mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang membantu urusan membawa pulang jenazah adiknya itu. - Al fatihah
No comments