• Semasa

    (Video) Cubaan Rompak RM600K Gagal, Perompak Larikan Diri





    [BACA: Petua Berkesan Rawat Sakit Kepala Dan Angin]


    (Video) Cubaan Rompak RM600K Gagal, Perompak Larikan Diri BANGI - Video dua buah kereta dipercayai perompak yang sedang mengejar mangsanya terbabas di bulatan Bangi Seksyen 15, viral di media sosial. 

    Dalam kejadian yang berlaku sekitar tengah hari tadi di hadapan Stesen Petronas Bangi Seksyen 15, mangsa yang menaiki kereta Mercedes berwarna hitam dikatakan membawa wang tunai RM600,000 untuk membayar gaji pekerjanya.

    Lapor sumber, mangsa telah diekori oleh dua buah kereta Toyota Hilux dan Proton Gen 2 dari UNIKEB sebelum menghimpit kereta mangsa dan terbabas di bulatan tersebut.

    Oleh kerana perancangan suspek gagal, kesemua suspek melarikan diri. Salah seorang suspek yang menaiki kereta Proton Gen 2 bertindak memandu melawan arus sebelum melanggar seorang penunggang motosikal sebelum melanggar benteng jalan.

    Panik dengan keadaan itu, suspek terus keluar melarikan diri tanpa menyedari telefon bimbitnya tertinggal dalam kereta tersebut.


    Menurut sumber lagi, kereta Toyota Hilux yang digunakan untuk rompakan itu adalah kereta curi yang dilaporkan hilang di Bangi Seksyen 8 seminggu yang lalu sebelum pemiliknya dihubungi untuk datang ke tempat kejadian. 



    Pihak polis dikatakan telah merampas telefon bimbit milik suspek dan kesemua penama yang ada di dalam telefon itu akan dihubungi bagi membantu siasatan. -  The Reporter

    No comments

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad