84% wanita Malaysia layari laman web lucah melalui telefon
84% wanita Malaysia layari laman web lucah melalui telefon - Statistik yang dikeluarkan oleh Pornhub menunjukkan, ramai wanita Malaysia melayari laman web lucah melalui telefon bimbit, berbanding lelaki, lapor Malay Mail Online.
Kira-kira 84% wanita Malaysia melayari laman tersebut melalui telefon bimbit berbanding hanya 66% lelaki yang berbuat demikian.
84% wanita Malaysia layari laman web lucah melalui telefon
Bagi peratusan tertinggi, 91% wanita di Afrika Selatan, diikuti 89% Amerika Syarikat dan 86% Britain.
Wanita Malaysia berada di tangga ketujuh selepas Pakistan 86%, India 86% dan Mexico 84%.
Pada 7 Mac lalu, Indonesia pula berada di tangga ke-11 dengan 80%, manakala Thailand tempat ke-13, 79%.
Data demografi tersebut dipercayai diproses Pornhub, laman web lucah terbesar di internet melalui aplikasi Google Analytics.
Di serata dunia, 72% pengguna menggunakan telefon pintar dan tablet. Sehingga bulan lalu, hampir 80% wanita dunia mengakses bahan lucah melalui telefon berbanding hanya 69% lelaki.
Wanita muda berusia 18-34 tahun antara yang paling ramai melayari laman web perkongsian pornografi itu. - The Reporter
No comments