Ketua Polis Daerah Gerik, Supt. Jamalani Mohd. Isa berkata, dalam kejadian jam 3.55 petang itu, mangsa Mohd. Fauzi Che Mahmood, 54, meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala dan dada.
Dua rakannya, yang bertugas di Jabatan Pertanian Kelantan dan Jabatan Pertanian Selangor, mengalami kecederaan masing-masing di pinggang dan calar-calar di badan, katanya.

Indah nya pengakhiran mu.. Hj Mohd Fauzi dijemput ajal kemalangan arwah baru pulang Umrah (6 Gambar)


Luahan sayu insan yang mengenali  Tuan Haji Mohd Fauzi : 
INDAHNYA PENGAKHIRANMU.😢
Tanggal 23/3/2017, saya kehilangan seorang sahabat & ibarat seorang ayah kerana terlibat dalam kemalangan jalan raya di Gerik, Perak sewaktu perjalanan pulang ke Kota Bharu. Kami pernah bekerja bersama-sama sewaktu di Besut , Terengganu.
Allahyarham Tn Hj Mohd Fauzi Che Mahmood, sesungguhnya kami sangat menyayangimu tetapi sayang kami tidak sama dengan sayang Pencipta terhadap hambanya. Bersemadilah dengan tenang. Kami mendoakan agar Allah menempatkanmu di kalangan org2 yg beriman dan beramal soleh. Allahyarham baru pulang dari menunaikan umrah pada minggu lepas. Allah menjemput beliau di kala beliau dalam keadaan yang suci bersih. 

Sesungguhnya saya rindu gurau sendamu. Walaupun kita jarang berjumpa tetapi Allahyarham selalu bertanya khabar melalui Whatsapp. Allahyarham selalu memberi kata kata semangat di kala saya dalam kesusahan. Hingga saat menulis warkah ini, air mata ini tidak berhenti mengalir.


Akan saya simpan kenangan kita bekerja bersama-sama hingga ke akhirnya.
Ya Allah Ya Tuhanku ampunilah dia, rahmatilah dia, maafkanlah dia, muliakanlah kematiannya, lapangkanlah kuburnya, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggalnya dan berilah kesabaran kepada ahli keluarganya, semoga arwah di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Dari Amal Amalina Untong





"Berdasarkan siasatan awal, polis mendapati Mohd Fauzi menaiki kereta jenis Perodua Kembara bersama dua rakan sekerjanya dari arah Kupang, Kedah menghala ke Gerik," katanya dalam kenyataan media di sini hari ini.
Sebaik sahaja tiba di tempat kejadian yang berdekatan lokasi tanah runtuh, sebuah kereta jenis Perodua Alza dipercayai memasuki arah bertentangan dan merempuh kereta dinaiki mangsa, katanya.
"Akibat pelanggaran itu, kereta dinaiki mangsa dan rakannya terbabas sebelum jatuh ke dalam kawasan tanah runtuh dan tersangkut di penghadang besi sebelah kiri jalan menghala ke Gerik.
"Mangsa yang tersepit di tempat penduduk penumpang hadapan meninggal dunia di lokasi kejadian manakala seorang wanita, 45, yang menaiki kereta Perodua Alza mengalami patah tulang rusuk kanan.
Jamalani berkata, mayat mangsa kemudiannya telah dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Gerik untuk dibedah siasat.
Katanya, semua mangsa yang cedera dihantar ke Hospital Gerik dan Hospital Taiping untuk rawatan lanjut.
Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.