• Semasa

    Kanak-kanak perempuan gigit tangan penculik





    [BACA: Petua Berkesan Rawat Sakit Kepala Dan Angin]

    Kanak-kanak perempuan gigit tangan penculik

    Kanak-kanak perempuan gigit tangan penculik - SARIKEI, SARAWAK - Seorang kanak-kanak berjaya melarikan diri dari diculik seorang lelaki bermotosikal, lapor Info Sarawak

    Dalam kejadian malam tadi di depan sebuah kedai kopitiam, rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan mangsa dipaksa oleh seorang lelaki naik ke motosikalnya yang berwarna merah sebelum memecut melarikan kanak-kanak itu tanpa disedari orang awam. 

    Kanak-kanak perempuan gigit tangan penculik


    Lapor Info Sarawak, ketika berada berhampiran Terminal Bas, mangsa bertindak menggigit tangan suspek dan terus melompat dari motosikal sebelum melarikan diri. 

    Ibu bapa mangsa yang berniaga di kedai kopitiam berkenaan berjaya menemui anak mereka semula di Terminal Bas tidak beberapa lama kemudian yang difahamkan terus membuat laporan polis pada hari kejadian. 


    Posted by INFO Sarawak on Friday, March 24, 2017
    Bertindak di atas laporan ibu bapa mangsa, polis kini sedang giat memburu suspek yang dipercayai masih berada dalam daerah itu. 

    Justeru, ibu bapa diminta mengambil langkah berjaga-jaga dan memantau pergerakan anak mereka bagi mengelakkan kejadian yang sama berulang lagi. - The Reporter

    No comments

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad