• Semasa

    Kisah 'Mat Despatch & Mat Jambang' Sentuh Hati Pembaca





    [BACA: Petua Berkesan Rawat Sakit Kepala Dan Angin]

    Kisah 'Mat Despatch & Mat Jambang' Sentuh Hati Pembaca

    Kisah 'Mat Despatch & Mat Jambang' Sentuh Hati Pembaca - Nama Muhd Khairul Khazali tiba-tiba menjadi sebutan dan tular di Facebook berikutan catatan hariannya bersama seorang gelandangan sejak 3 Mac lalu. Pemuda berusia 20 tahun yang bekerja sebagai penghantar surat di sebuah syarikat di ibu negara mula disebut-sebut selepas membantu seorang gelandangan menggunting rambut serta mencari pekerjaan untuk seorang lelaki yang di panggil Ashuk.

    Manurut catatan Khairul bertarikh 3 Mac lalu, dia mula menegur dan berborak dengan Ashuk, 41 tahun dari Pulau Pinang.

    Kisah 'Mat Despatch & Mat Jambang' Sentuh Hati Pembaca

    Muhd Khairul memuatnaik gambar ketika dalam perjalanan membawa Ashuk ke kedai gunting rambut.

    Kisah 'Mat Despatch & Mat Jambang' Sentuh Hati Pembaca

    Sejak itu, Muhd Khairul mula mengemas kini catatan hariannya bersama Ashuk dan turut membantu membeli makanan walaupun kerap kali ditolak lelaki tersebut.

    Foto yang dimuatnaik Muhd Khairul di Facebook selepas Ashuk memotong rambutnya.

    Catatan hariannya itu seperti sebuah cerpan pendek yang ditunggu-tunggu pembaca mengenai perkembangan terkini kisah 'Mat Despatch & Si Jambang'.
    Menurut Khairul dalam entrinya, apa yang dia lakukan ini bukan bukan suka-suka dan hanya berniat untuk membantu mengikut kemampuannya.

    Kisah 'Mat Despatch & Mat Jambang' Sentuh Hati Pembaca

    "Aku buat bukan suka2. Bukan sengaja. Buat apa aku nak tolong orang? Baik aku merempit. Tapi sebab aku faham macam mana kalau aku di tempat "dia" dan xada yang nak membantu. Dengan aku kongsikan nukilan ini lah dia dapat bercakap dengan saudara dia, rakan sekerja dia yang dulu berpisah hampir 15 tahun.

    "Aku harap sangat kau berada di tempat "dia" ni, lost contact dengan saudara mara, rakan2 lama, yang hampir 15 tahun xberjumpa. Nanti kau akan tau dan kau akan rasa...," jelasnya dalam entri terbaharu pada Ahad. Kisah 'Mat Despatch & Mat Jambang' Sentuh Hati Pembaca

    Kisah tersebut telah menyentuh hati  pembaca dan pengikut-pengikutnya, malah dia turut menerima pelbagai sokongan moral. - mStar

    No comments

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad