• Semasa

    MASHAA ALLAH !! "Dari padang pasir yang tandus bertukar ke ladang gandum yang subur!"





    [BACA: Petua Berkesan Rawat Sakit Kepala Dan Angin]

    MASHAA ALLAH !! Projek Wakaf Al Rajhi Group Di Sudan Kendalian Jurutera Malaysia - "Dari padang pasir yang tandus bertukar ke ladang gandum yang subur!" 

    Siapa sangka projek WAKAF yang bakal menyumbangkan 80% hasil keuntungannya kepada negara-negara miskin di seluruh dunia ini mempercayai seorang jurutera Malaysia Tuan Hj Zuraimi Isa sebagai Head Of Deparment- Water Management Service yang terlibat dalam pembinaan pump house, irrigation pump, canal construction dan pivots.

    Projek Wakaf Al Rajhi Group Di Sudan Kendalian Jurutera Malaysia

    Projek Wakaf Al Rajhi Group Di Sudan Kendalian Jurutera Malaysia

    Beliau ternyata sangat hebat mashaALLAh di dalam bidangnya 'mechanical engineering' apabila kepakarannya sudah di percayai oleh 7 buah negara sepanjang 19 tahun beliau bertugas. Namun projek ini lebih memberikan kepuasan lahiriah dan juga rohani apabila khabarnya ia merupakan projek wakaf, kepuasannya berbeza daripada projek mega lain yang pernah beliau terlibat.

    wakaf al rajhi group

    Apa yang berjaya membuatkan saya terlalu kagum adalah projek ini berjaya menukar sebuah padang pasir yang tandus di negara panas Sudan menjadi sebuah ladang gandum yang sangat subur dengan kepakaran teknologi kejuruteraan yang digunakan. hebat mashaALLAH!

    wakaf al rajhi group

    Projek Wakaf Al Rajhi Group Di Sudan Kendalian Jurutera Malaysia

    Bercerita tentang cabaran. Menurut beliau cabaran terbesar yang terpaksa di lalui adalah dalam mendapatkan alat ganti. Kebanyakkan projek wakaf ini berada di pedalaman padang pasir. Jarak terdekat dengan bandar utama adalah 400km. Jadi beliau banyak melakukan modifikasi untuk menyiapkan sesuatu projek berdasarkan apa materials yang terdapat di project site.

    wakaf al rajhi group

    Projek Wakaf Al Rajhi Group Di Sudan Kendalian Jurutera Malaysia. Semoga projek ini akan terus berkembang dan melibatkan banyak negara lain khususnya kepada negara-negara miskin di benua africa. amin...

    p/s- Jurutera hebat. Anak kelahiran negeri Kelantan, Tuan Haji Zuraimi Isa ini keluaran universiti tempatan tau. Universiti Teknologi MARA - Media FB Rasmi. Syabas tuan. Semoga terus memberikan insprasi kepada anak-anak muda yang meminati bidang mechanical engineering. 

    Sumber: FB

    No comments

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad