• Semasa

    Nasi Kandar Line Clear Di P.Pinang Diarah Tutup Kerana Najis Tikus





    [BACA: Petua Berkesan Rawat Sakit Kepala Dan Angin]

    Nasi Kandar Line Clear Di P.Pinang Diarah Tutup Kerana Najis Tikus - Kedai nasi kandar popular di Pulau Pinang, Line Clear telah diarah tutup selama dua minggu selepas pemeriksaan mendapati terdapat najis tikus di bahagian dapur. 

    Jabatan Kesihatan Pulau Pinang mengeluarkan arahan itu selepas beberapa pegawainya membuat pemeriksaan bersama Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) di tiga buah kedai makan di Penang Road pada Isnin.

    Nasi Kandar Line Clear Di P.Pinang Diarah Tutup Kerana Najis Tikus

    Nasi Kandar Line Clear Di P.Pinang Diarah Tutup Kerana Najis Tikus

    Selain Line Clear, restoran Yasmeen yang terletak di sebelahnya juga telah diarah tutup buat sementara waktu. Tiada tindakan diambil ke atas kedai makan ketiga.

    Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kesihatan Awam dan Perlesenan MBPP Ong Ah Teong berkata restoran telah diarah tutup selama dua minggu bermula pukul 8 malam Isnin.

    "Kami beri mereka lanjutan masa selepas mereka membuat permohonan," kata Ah Teong.

    Beliau berkata, bangkai tikus telah ditemui di salah sebuah premis manakala kedua-dua restoran didapati mempunyai najis tikus, lipas dan tandas yang kotor.

    Ini adalah kali pertama sepanjang operasi Line Clear selama 70 tahun dikeluarkan perintah sedemikian. - mStar.

    No comments

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad