Pelabuhan Di Kuala Sepetang Yang Hilang - Apa yang berlaku adalah kealphaan generasi dahulu dan sikap generasi kini yang tidak ambil berat. Kesannya jelas untuk generasi akan datang yang tidak akan kenal dengan asal usul dan sejarah. Mereka tidak akan kenal dan tidak akan faham tentang betapa pentingnya pemuliharaan sejarah dan warisan kerana generasi kini tidak menjalankan proses pemulihan dan menjaga sejarah dengan secara menyeluruh.
Pelabuhan Di Kuala Sepetang Yang Hilang
Arus kemodenan semakin hari semakin menelan dan megancam sejarah penting yang ada di Kuala Sepetang. Ianya dahulu adalah perkampungan nelayan yang banyak memainkan peranan dan tahukah anda bahawa disana ada pelabuhan KualaSepetang yang amat sibuk pada satu ketika dahulu. Khazanah ini tidak dapat lagi dilihat pada hari ini kerana ianya telah hilang dan tidak dikekalkan untuk tujuan lain.Betapa ruginya kita tidak hargai nilai sejarah yang mempunyai daya tarikan pelancongan yang tinggi jika masih dikekalkan. Negara kita kehilangan dua permata penting di KualaSepetang kerana kurangnya kesedaran masyarakat terdahulu dalam pemuliharaan sejarah. Ianya adalah landasan kereta api Port Weld dan juga Pelabuhan Kuala Sepetang seperti mana yang dituliskan pada perenggan di atas tadi.
Pelabuhan Di Kuala Sepetang Yang Hilang
Mustahil untuk kita kembalikan khazanah ini semula. Apa yang berlaku harus dijadikan iktibar dan perbetulkan segala ruang yang ada kesilapan untuk tatapan generasi akan datang. Sekiranya kawasan di sekitar pelabuhan Kuala Sepetang itu diwartakan sebagai kawasan warisan sejarah, tanah di situ tidak mungkin bertukar menjadi milik persendirian seperti sekarang. Keadaan yang sama juga berlaku di tapak stesen dan landasan kereta api Port Weld yang sebahagiannya kini menjadi tempat pendaratan ikan oleh nelayan.Ramai yang tidak tahu pelabuhan Kuala Sepetang telah wujud sejak zaman Ngah Ibrahim sebelum Inggeris menggunakannya sebagai pelabuhan untuk mengangkut bijih timah dari Perak ke Pulau Pinang. Sekiranya dipelihara dengan baik, kombinasi sebuah pelabuhan bersejarah dan stesen kereta api lama mampu menyamai pelabuhan bersejarah seperti di Fremantle, Australia.
Pada hari ini, tidak banyak kesan tinggalan landasan kereta api di KualaSepetang dan ada yang masih boleh dilihat di pekan KualaSepetang kecuali beberapa cerucuk besi yang pernah menjadi sebahagian daripada rel kereta api dan pelabuhan Kuala Sepetang telah tiada dan hilang ditelan arus zaman begitu sahaja. - orangperak.com
No comments