• Semasa

    SAYU !! Hajat Wanita Ini Untuk Melawat Ibu Tidak Kesampaian





    [BACA: Petua Berkesan Rawat Sakit Kepala Dan Angin]

    SAYU !! Hajat Wanita Ini Untuk Melawat Ibu Tidak Kesampaian - MERAPOH - Hasrat seorang wanita untuk melawat ibunya yang sakit di Hospital Kuala Krai tidak kesampaian apabila dia maut dalam kejadian kemalangan kira-kira jam 1.30 petang tadi. 

    SAYU !! Hajat Wanita Ini Untuk Melawat Ibu Tidak Kesampaian

    Ketua Polis Lipis, Superintendan Azry Akmar Ayob berkata, kejadian yang berlaku di kilometer 88 Jalan Lipis-Merapoh berhampiran Kampung Berembang di sini berlaku apabila mangsa Hazli Suzana  Che Mat, 31, dalam perjalanan dari Kuala Lumpur menghala ke Kelantan.

    SAYU !! Hajat Wanita Ini Untuk Melawat Ibu Tidak Kesampaian


    Menurutnya, sampai di tempat kejadian, mangsa yang memandu kereta Proton Persona bersendirian dipercayai terbabas dan memasuki laluan bertentangan.

    "Dalam masa yang sama sebuah bas dua tingkat dipandu oleh Mohd Ashraf Rozmi, 25, yang membawa tujuh penumpang dari arah Kota Bharu menghala ke Kuala Lumpur tidak dapat mengelak dan melanggar tepat pada bahagian kiri kereta  mangsa.


    "Mangsa telah dibawa keluar oleh orang awam dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala,"katanya di sini, hari ini. 

    Azry berkata, pemandu serta kesemua penumpang bas terbabit tidak mengalami sebarang kecederaan dan kesemua mereka telah dipindahkan ke bas yang lain untuk meneruskan perjalanan.

    Menurutnya, mayat mangsa telah dibawa ke Hospital Kuala Lipis untuk bedah siasat sebelum dituntut ahli keluarga bagi urusan pengebumian.

    "Berdasarkan siasatan keadaan cuaca cerah, jalan berturap tar, bentuk jalan dua hala dengan garisan tengah berkembar dan 'point of impact' serta pecahan aksesori kenderaan berada di tengah-tengah laluan bas.

    "Punca kemalangan dipercayai disebabkan kecuaian apabila kereta dipandu mangsa terbabas sebelum memasuki aliran bertentangan dan bertembung dengan sebuah bas," katanya. - Sinar Harian.

    No comments

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad