Sufian Suhaimi Nafi Putus Cinta Kerana Elfira Loy
Sufian Suhaimi Nafi Putus Cinta Kerana Elfira Loy - Beberapa kali dilihat hadir ke majlis sambutan ulangtahun kelahiran Elfira Loy baru-baru ini, ramai mengandaikan Sufian Suhaimi mempunyai hubungan istimewa dengan pelakon kecil molek itu. Ada juga yang mengatakan Elfira punca Sufian dan bekas kekasih putus. Bagaimanapun Sufian menafikannya dan menganggap ianya usikan dari peminat.
Sufian Suhaimi Nafi Putus Cinta Kerana Elfira Loy
“Saya tidak tertekan, malah menganggap semua itu hanya sekadar usikan yang tidak serius. Saya ingin tekankan, saya dan Elfira hanyalah kawan biasa. Hubungan cinta saya yang berakhir sebelum ini juga tiada kaitan dengan Elfira. Ianya terlalu peribadi untuk dikongsikan kepada umum tetapi kami berpisah bukan kerana orang ketiga”
“Tidak sepatutnya Elfira dituding sebagai punca kerana isu yang dibangkitkan ini sengaja dicipta. Saya hadir pada sambutan hari jadi pertamanya yang diraikan bersama anak yatim. Diikutkan ketika itu, ada beberapa teman lain, untuk majlis kedua, saya menerima jemputan peribadi daripada ibu Elfira,” jelasnya kepada Berita Harian Online.
Sufian Suhaimi Nafi Putus Cinta Kerana Elfira Loy
Dalam masa yang sama, Sufian turut menjelaskan bahawa tindakannya hadir ke majlis ulangtahun pelakon itu bukan satu kesalahan dan hanya memenuhi jemputan sebagai rakan. Sebelum ini juga, Elfira turut tampil menafikan gosip percintaan mereka. Mungkin gambar mesra yang bertebaran itu hanyalah hubungan mesra diantara rakan sahaja.
Terdahulu hubungan teman tapi mesra diantara Sufian dan Elfira mula mendapat perhatian ramai apabila bekas kekasih Sufian memuat naik gambar ikon sedih berserta gambar mereka ketika bercinta dengan kepsyen yang romantis. Luahan sedih gadis itu mula menimbulkan spekulasi mengatakan Elfira punca perpisahan pasangan itu. (rtky/w)
No comments