• Semasa

    Kemalangan Tanjung Malim: Polis Tahan Pemandu Treler





    [BACA: Petua Berkesan Rawat Sakit Kepala Dan Angin]

    Kemalangan Tanjung Malim: Polis Tahan Pemandu Treler - Polis menahan pemandu treler yang terlibat dalam kemalangan di KM403.3 Lebuhraya Utara-Selatan berhampiran Plaza Tol Tanjung Malim, pagi Ahad yang mengakibatkan enam sekeluarga maut. Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Supt R. Supramaniam berkata pemandu  berusia 27 tahun itu ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

    Kemalangan Tanjung Malim: Polis Tahan Pemandu Treler

    Kemalangan Tanjung Malim: Polis Tahan Pemandu Treler

    Beliau berkata hasil ujian saringan air kencing ke atas pemandu treler berkenaan didapati negatif.

    "Polis turut melakukan ujian darah bagi mengesan dadah dan alkohol, keputusan akan diketahui selepas dihantar ke Jabatan Kimia," katanya dalam kenyataan di sini, Ahad.

    Beliau berkata hasil pemeriksaan turut mendapati pemandu berkenaan mempunyai lapan rekod lampau melibatkan kesalahan lalu lintas.

    "Semakan mendapati pemandu ini mempunyai rekod lampau kesalahan iaitu dua kali pernah terlibat dalam kemalangan selain pernah dikenakan enam saman melibatkan kesalahan tiada lesen, membawa kenderaan tanpa insurans dan tiada cukai jalan," katanya.

    Supramaniam berkata hasil semakan melalui rekod jenayah pula mendapati pemandu terbabit pernah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 3(1) Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983 Pindaan 1998.

    Kemalangan Tanjung Malim: Polis Tahan Pemandu Treler

    Dalam kejadian 7.40 pagi itu, Lam Wai Loon, 46, dan isterinya Wong Check Lee, 53, serta dua anak lelaki mereka Lam Jie Yang, 19, dan Lam Jie Yong, 13, terbunuh di tempat kejadian.

    Turut maut ialah bapa dan adik lelaki Lam, Lam Leong Choy, 76, dan Lam Wai Keat, 38.Nahas berlaku apabila treler membawa muatan tanah yang menghala ke utara, dipercayai hilang kawalan dan terbabas sebelum menghempap MPV jenis Ssangyong di laluan sama. - BERNAMA

    No comments

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad