-
"Saya Yang Tanggung Semua. Suami Tak Bagi Satu Sen Pun, Hanya Tahu Minta Nafkah Batin"
Perempuan kena baca sampai habis.
Ambil ni sebagai pengajaran. Ini text yang i dapat di Telegram dari seorang pengikut. Ada seorang wanita, ibu muda berkongsi cerita pasal dia punya perkahwinan.
Ladies, ini adalah sebab utama kenapa anda perlu cari lelaki yang bertangungjawab. It's okay kalau pasangan anda kurang dari segi academik atau gaji sikit, yang penting mesti kena ada tangungjawab dan kena hati-hati sebab lelaki sekarang pandai ambil kesempatan, guna perempuan untuk mereka punya financial security.
Ini cerita macam mana seorang lelaki lepas tangan pada anak bini. Nafkah tak bagi, apa semua isteri yang tanggung. Sebab apa? Alasan dia gaji isteri lagi tinggi, duit dia pergi buat benda lain. Bila isteri minta cerai, dia tuduh isteri tak sanggup hidup susah dan canang kat family. Padahal A sampai Z semua duit isteri yang keluar dan Isteri minta cerai sebab tak tahan dengan sikap suami yang tak ada tangungjawab.
Seriously, wanita ni memang cantik tapi itu pun lelaki tak hargai. Lelaki jenis macam ni ada di mana-mana, jadi kalau anda nak kahwin sila berhati-hati pilih pasangan. Lelaki dayus adalah lelaki yang suka makan duit hasil dari usaha isteri.
"Saya Yang Tanggung Semua. Suami Tak Bagi Satu Sen Pun, Hanya Tahu Minta Nafkah Batin"
Baca perkongsian kat bawah:
"Saya baru bercerai dengan suami. Dulu, suami saya hanya belajar sampai SPM dan terus bekerja. Saya pula belajar sampai peringkat ijazah.
"Selama kami berkahwin, saya yang kena tanggung semuanya dari A sampai Z. Bukan niat saya untuk burukkan suami sebab dia belajar setakat SPM. Cuma sebagai perempuan, kita perlu fikir betul-betul kalau nak cari suami.
"Kadang-kadang bila suami belajar setakat SPM dan gaji kecil, mereka suka ambil kesempatan. Mereka berkahwin semata-mata untuk cari orang yang boleh support dan tanggung segalanya supaya mereka boleh buat apa yang mereka suka.
"Nafkah tak bagi, soal rumahtangga pula semua isteri yang buat. Mereka hanya tahu balik rumah dan minta nafkah batin daripada isteri. Dan bila tak bagi, mereka persoalkan tentang kewajipan isteri untuk tunaikan tanggungjawab.
"Sekarang ni, kakak saya pun alami benda yang sama. Suami dia SPM, dia pula ada ijazah. Suami dia buat hutang kemudian paksa kakak saya buat pinjaman bank untuk langsaikan hutang dia.
"Entahlah, mungkin wanita sekarang kena berhati-hati bila memilih suami. Kadang-kadang lelaki ni hanya nak cari penyelamat masa depan mereka je. Bila dah dapat isteri yang bekerjaya, terus lepas tangan dan anggap isteri boleh bagi segalanya. Bila isteri minta cerai, mereka akan cakap isteri tinggalkan mereka masa susah. Padahal mereka tak sedar selama ini mereka susah pun si isteri juga yang menanggung.
"Dalam kes saya pulak, bila saya nak berhenti kerja, suami saya tak bagi. Dia cakap siapa nak tolong dia sara keluarga. Bila minta cerai dituduhnya macam-macam. Sampai keluarga saya sendiri buang saya sebab dia jaja cerita yang saya minta cerai sebab ada skandal.
"Dia cakap saya kena faham kerja dia. Kononnya sekarang ni dia tengah usahakan bisnes jadi semua duit gaji dia labur pada perniagaan. Bertahun-tahun satus sen pun dia tak bagi. Masa untuk keluarga tak ada, nafkah zahir tak ada, tapi bila bab nafkah batin pandai pula dia minta sebab tanggungjawab isteri.
"Masa saya mengandung 5 bulan, dia ajak pergi KL dari JB sebab ada kenduri. Saya kata saya tak larat sebab tak sihat. Dia boleh pulak kata saya menipu sebab tak nak pergi dengan keluarga dia.
No comments